342 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
  • abad ke-5 SM
  • abad ke-4 SM
  • abad ke-3 SM
Dekad:
  • 36-an SM
  • 35-an SM
  • 34-an SM
  • 33-an SM
  • 32-an SM
Tahun:
  • 345 SM
  • 344 SM
  • 343 SM
  • 342 SM
  • 341 SM
  • 340 SM
  • 339 SM


Peristiwa

Mengikut tempat

Yunani

  • Aristotle, ahli falsafah Yunani, dijemput oleh Philip II dari Macedon ke ibu kotanya di Pella untuk mengajar puteranya, Alexander Agung, secara persendirian. Sebagai tokoh intelektual yang terutama di Yunani, Aristotle ditempah untuk menyediakan Alexander sebagai ketua tentera pada masa hadapan.
  • Philip II dari Macedon memulakan satu siri kempen ketenteraan di Thrace dengan tujuan untuk mengilhakkannya sebagai sebuah provinsi Macedon. Ketika tentera Macedon mendekati Semenanjung Thrace (Semenanjung Gallipoli), Diopeithes, jeneral Athens, menjarah daerah ini di Thrace dan oleh itu, memurkakan Philip II kerana beroperasi terlalu dekat dengan salah satu kotanya di Semenanjung. Philip II mendesak kepulangannya. Sebagai balasan, Perhimpunan Athens bersidang. Demosthenes meyakinkan Perhimpunan Athens supaya tidak memanggil pulang Diopeithes.

Sicily

  • Timoleon, jeneral Corinth, memperluas pemerintahannya ke seluruh Sicily selepas mengusir sebilangan penzalim yang lain dan menyediakan Sicily untuk lagi sebuah serangan Carthage yang mungkin.

Republik Rom

  • Pertempuran Gunung Gaurus berlaku antara Rom dengan Samnium. Pertempuran ini dimenangi oleh tentera Rom yang dikatakan diketuai oleh Marcus Valerius Corvus. Ditempur di kaki Gunung Gaurus berdekatan dengan Cumae, pertempuran ini merupakan pertempuran yang paling terkenal dalam Perang Samnium Pertama.

China

  • Semasa Zaman Negeri-Negeri Berperang di China, angkatan tentera negeri Qi menewaskan angkatan tentera negeri Wei dalam Pertempuran Maling.

Kelahiran

  • Menander, penulis drama Yunani (maut 291 SM).

Kematian