Athens

Koordinat: 37°58′47″U, 23°43′46″T

Dimos Athinaion (Δήμος Αθηναίων)

Αθήνα
Parthenon yang terletak di atas Akropolis Athens
Parthenon yang terletak di atas Akropolis Athens
Parthenon yang terletak di atas Akropolis Athens
Mohor bagi Dimos Athinaion (Δήμος Αθηναίων)
Mohor
Nama samaran: Kota Athena atau Tempat Bermulanya Demokrasi
Lokasi kota Athens (titik merah) di dalam Prefektur Athens dan pinggir Attica
Lokasi kota Athens (titik merah) di dalam Prefektur Athens dan pinggir Attica
Lokasi kota Athens (titik merah) di dalam Prefektur Athens dan pinggir Attica
Koordinat: Koordinat: Format hujah tidak diketahui
{{#coordinates:}}: garis lintang tidak sah
Negara Yunani
Pinggir Attica
Prefektur Athens
Pengasasan k.k. 2000 SM
Kerajaan
 - Datuk Bandar Nikitas Kaklamanis
Ketinggian 229.67 kaki (70 m)
Kepadatan (2001)
 - Bandar 745,514
 - Kaw. perbandaran 3,130,841
 - Metro 3,761,810
  [1] [2]
Zon masa EET (UTC+2)
 - Musim panas (DST) +1 (UTC)
Kod-kod pos 10x xx, 11x xx, 120 xx
Kod kawasan 210, 211, 212
Kod plat nombor kereta: Yxx, Zxx, Ixx (tak termasuk INx)
Laman web: www.cityofathens.gr

Athens (bahasa Yunani: Αθήνα, Athína) ialah ibu kota serta bandar raya terbesar negara Yunani dan tempat asal demokrasi. Kota yang dinamai sempena nama dewi Athena berdasarkan mitologi ini ialah salah sebuah bandar raya yang tertua di dunia, dengan sejarah tercatat sekurang-kurang 3,000 tahun. Pada hari ini, ibu kota ini merupakan sebuah metropolis kosmopolitan yang sibuk, dengan jumlah penduduk bandar sebanyak 3.1 juta orang dan jumlah penduduk metropolitan sebanyak 3.7 juta. Kawasan metropolitan Athens merupakan pusat ekonomi, kewangan, perindustrian, kebudayaan, dan politik di Yunani. Dengan cepatnya, bandar raya ini juga telah menjadi sebuah pusat perdagangan yang utama di dalam Kesatuan Eropah. Keluasan kawasan bandar raya yang betul-betul adalah 39 km², manakala aglomerasi bandar Athens ialah 412 km². [5]

Athens Kuno merupakan sebuah negara kota yang sangat kuat serta pusat pembelajaran yang terkenal, dan adalah tempat asal Akademi Plato dan Lyceum Aristotle. Ia dirujuk secara meluas sebagai tempat bermulanya peradaban Barat, disebabkan sebahagian besar oleh kesan pencapaian kebudayaan dan politiknya semasa abad ke-5 SM dan ke-4 SM pada Benua Eropah yang diketahui pada masa itu. Warisan era klasiknya masih jelas di bandar raya ini, dan digambarkan melalui sebilangan monumen dan karya seni kuno. Yang termasyhur ialah bangunan Parthenon di atas Akropolis yang merupakan mercu tanda epik untuk peradaban barat. Athens ialah tuan rumah untuk Sukan Olimpik moden yang pertama pada tahun 1896, dan pada tahun 2004, ia menyambut Sukan Olimpik Musim Panas kembali dengan kejayaan yang cemerlang.


Nama

Templat:NameWikt

Lihat juga: Nama bandar raya Eropah dalam bahasa berbeza#A

Dalam bahasa Yunani, nama Athens ialah Ἀθῆναιcode: grc is deprecated (Athenai), dan adalah berkait dengan Ἀθηνᾶcode: grc is deprecated (Athena) dan Ἀθήνηcode: grc is deprecated (Athene), masing-masing merupakan nama Attik dan Ionia untuk dewi Athena. Nama kota ini mungkin berbentuk jamak, seperti Θῆβαιcode: grc is deprecated (Thebai) dan Μυκῆναιcode: grc is deprecated (Mykenai), kerana ia terdiri daripada banyak bahagian. Pada abad ke-19, Ἀθῆναιcode: grc is deprecated telah diterima semula secara rasmi sebagai nama bandar rayanya. Bagaimanapun, sejak penghentian penggunaan bahasa Greek Katharevousa secara rasmi pada dekad 1970-an, bentuk umum Αθήνα (Athína) telah menjadi nama rasmi bandar raya ini.

Sejarah

Geografi dan jumlah penduduk

Athens berselerak ke semua arah dataran tengah Attica, sering dirujuk sebagai Lembangan Attica, yang dibatasi oleh Gunung Aegaleo di barat, Gunung Parnitha di utara, Gunung Penteli di timur laut, Gunung Hymettus di timur, dan Teluk Saronic di barat daya. Athens telah berkembang sehingga meliputi seluruh dataran dan mengakibatkan pertumbuhan selanjutnya lebih sukar pada masa hadapan. Geomorfologi Athens mengakibatkan apa yang dipanggil fenomena penyongsangan suhu yang bertanggungjawab sebahagiannya untuk masalah-masalah pencemaran udara yang dihadapi oleh bandar raya baru-baru ini. (Los Angeles yang mempunyai geomorfologi yang serupa, juga menghadapi masalah yang sama).

Athens secara rasmi mempunyai jumlah penduduk sebanyak 745,514 orang, dengan jumlah penduduk metropolitan sebanyak 3.7 juta. Bagaimanapun, jumlah penduduknya yang sebenar dipercayai adalah jauh lebih tinggi, kerana ketika banci (yang berlaku pada setiap sepuluh tahun), sesetengah penduduk Athens balik ke tempat asal mereka dan berdaftar sebagai warganegara tempatan di sana. Juga tidak dapat dikesan ialah sebilangan pendatang tak berdaftar yang berasal khususnya dari Albania dan negara-negara Eropah Timur yang lain. [6][7]

Tapak kuno Athens berpusat di bukit akropolis yang berbatu-batan. Pada zaman kuno, pelabuhan Piraeus adalah sebuah kota yang berasingan, tetapi kini telah diserap ke dalam Athens yang lebih besar. Perkembangan bandar raya ini yang pesat yang dimulakan pada dekad 50-an dan 60-an masih diteruskan pada hari ini kerana peralihannya daripada sebuah negara pertanian kepada sebuah negara perindustrian. [8] Perluasan kini adalah khususnya pada arah timur dan timur laut (kecenderungan ini adalah amat berkait dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Eleftherios Venizelos yang baru dan Attiki Odos, lebuh raya yang merentasi Attica). Melalui proses ini, Athens telah menyerap banyak bekas subbandar dan desa di Attica dan kini masih berbuat demikian.

Galeri gambar foto

  • Propylaea ialah pintu masuk ke Akropolis Athens.
    Propylaea ialah pintu masuk ke Akropolis Athens.
  • Pemandangan malam tentang Dataran Omonoia berbilang budaya yang sibuk dan bising di tengah-tengah Athens.
    Pemandangan malam tentang Dataran Omonoia berbilang budaya yang sibuk dan bising di tengah-tengah Athens.
  • Candi Hephaestus berbentuk susunan Dorik, di daerah Theseion tengah.
    Candi Hephaestus berbentuk susunan Dorik, di daerah Theseion tengah.
  • Bank Yunani di Jalan Panepistimiou.
    Bank Yunani di Jalan Panepistimiou.
  • Muka bangunan Muzium Arkeologi Negara Athens.
    Muka bangunan Muzium Arkeologi Negara Athens.
  • Pemandangan sebahagian pelabuhan Piraeus.
    Pemandangan sebahagian pelabuhan Piraeus.
  • Stoa di Attalos yang dibina semula di Athens tengah.
    Stoa di Attalos yang dibina semula di Athens tengah.
  • Bangunan-bangunan di Plaka.
    Bangunan-bangunan di Plaka.
  • Kebun Bunga Negara, wahah di Athens tengah, yang direka bentuk oleh Amalia, Ratu pertama Yunani.
    Kebun Bunga Negara, wahah di Athens tengah, yang direka bentuk oleh Amalia, Ratu pertama Yunani.

Lihat juga

  • Peradaban Keyunanian
  • Peraduan Lagu Eurovision 2006
  • Politik Yunani
  • Senarai Datuk Bandar Athens
  • Senarai pemerintahan beraja
  • Universiti Nasional dan Kapodistrian Athens
  • Universiti Teknik Negara Athens

Rujukan

  1. ^ http://www.statistics.gr/Athena2001/Athena2001.ASP?wcu=$cmd=4$id=6200612230201330780404
  2. ^ http://web.archive.org/web/20080408183809/http://www.statistics.gr/eng_tables/hellas_in_numbers_eng.pdf
  3. ^ http://www.gto.gr/athens/athens/athens.html
  4. ^ http://www.gtp.gr/AthensTown
  5. ^ http://www.ypes.gr/topiki.htm
  6. ^ http://www.oecd.org/document/53/0,2340,en_33873108_33873421_35062645_1_1_1_1,00.html
  7. ^ http://www.ce-review.org/99/21/vidali21.html
  8. ^ http://www.gto.gr/athens/athens/athens.html

Pautan luar

  • Laman web rasmi Bandaraya Athens
  • Seni bina sezaman Athens dan cadangan untuk laluan berjalan-jalan
  • Gambar foto Athens
  • Athens pada tahun 421 SM
  • Fotografi tepi jalan dan gambar-gambar dari Cow Parade di Athens
  • Duit syiling Pungguk Athens


Didahului oleh
Bandaraya Kebudayaan Eropah
1985
Diikuti oleh:
Florence
  • l
  • b
  • s
Bandar tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas
  Utara: Galatsi, Filothei  
Barat: Peristeri, Aigaleo, Tavros, Kallithea Athens Timur: Zografou
  Selatan: Dafni, Ymittos