Bahasa Sweden

Bahasa Sweden
Svenska
Sebutan[ˈsvɛ̂nːska]
Asli kepadaSweden, Finland, dahulunya Estonia
EtnikOrang Sweden
PenuturIbunda: 10 juta (2012–2021)[1]
Penutur L2: 3 juta[1]
Keluarga bahasa
Indo-Eropah
  • Jerman
    • Jerman Utara
      • Skandinavia Timur
        • Bahasa Sweden
Bentuk awal
Nor Kuno
  • Nor Timur Kuno
    • Sweden Kuno
      • Sweden Moden
Sistem penulisan
Rumi (huruf Sweden)
Braille Sweden
Bentuk bahasa isyarat
Tecknad svenska (semakin usang)
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Finland
Sweden
Åland
Kesatuan Eropah
Majlis Nord
Dikawal selia olehMajlis Bahasa Sweden (Sweden)
Akademi Sweden (Sweden)
Institut Bahasa-Bahasa Finland (Finland)
Kod bahasa
ISO 639-1sv
ISO 639-2swe
ISO 639-3swe
Glottologswed1254
Linguasphere52-AAA-ck to -cw
     Kawasan di mana Sweden ialah bahasa rasmi yang dituturkan oleh majoriti penduduk (Sweden, Åland, Finland Barat)
     Kawasan di mana bahasa Sweden ialah bahasa rasmi yang dituturkan oleh minoriti penduduk (Finland)
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Bahasa Sweden (Mengenai audio inisvenska (bantuan·maklumat)) ialah satu bahasa Jermanik Utara (bahasa Skandinavia) yang tertumpu di negara Sweden dan beberapa bahagian di Finland, terutamanya di sepanjang pesisiran pantai dan kepulauan Åland, dengan jumlah penuturnya meleibhi 9 juta orang. Bahasa ini salng difahami dengan dua bahasa Skandinavia yang lain, iaitu bahasa Denmark dan Norway. Bersama bahasa-bahasa Jermanik Utara yang lain, bahasa Sweden merupakan keturunan Bahasa Nor Kuno iaitu bahasa yang meluas dituturkan serantau Skandinavia dalam zaman Viking.

Bahasa Sweden Baku dijadikan bahasa kebangsaan yang berevolusi daripada dialek Sweden Tengah pada abad ke-19 dan dirasmikan menjelang awal abad ke-20. Sungguhpun variasi setempat yang ketara yang diturunkan daripada dialek lama masih wujud, bahasa bertulis dan lisannya seragam dan dipiawaikan, dengan kadar celik huruf 99% di kalangan orang dewasa. Sesetengah dialek banyak berbeza daripada bahasa piawai dari segi tatabahasa dan kosa kata dan tidak semestinya saling difahami dengan Bahasa Sweden Baku. dialek-dialek ini terhad dalam kawasan luar bandar dan ditutur teutamanya oleh sebilangan kecil orang yang kurang mobiliti sosial. Meskipun tidak diancam kepupusan, dialek-dialek sedemikian makin berkurangan penggunaannya sepanjang seabad yang lalu, meskipun kenyataan bahawa dialek-dialek ini dikaji dengan teliti dan penggunaannya sering digalakkan pihak berkuasa tempatan.

Susunan ayat bahasa Sweden lazimnya berbentuk Subjek-Kata Kerja-Objek, itupun boleh diubah untuk menekankan perkataan atau ungkapan tertentu. Morfologi bahasa Sweden serupa kepada bahasa Inggeris, iaitu perkataannya agak kurang fleksinya; terdapat dua jantina, tiada kasus tatabahasa (namun analisa lama menganjurkan dua kasus, iaitu nominatif dan genitif), dan adanya perbezaan antara bentuk jamak dan mufrad. Kata adjektif dibandingkan seperti dalam bahasa Inggeris, dan juga difleksi mengikut jantina, bilangan dan kepastian. Kepastian kata nama lazimnya ditandai dengan akhiran, dilengkapi dengan artikel pasti dan tidak pasti. Prosodinya bercirikan tekanan dan dalam kebanyakan dialek nada. Bahasa ini agak besar inventori vokalnya.

Rujukan

  1. ^ a b Eberhard, David M.; Simons, Gary F.; Fennig, Charles D., penyunting (2022). Ethnologue: Languages of the World (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-25). Dallas, Texas: SIL International.

Pautan luar

Wikibooks
Wikibooks
[[wikibooks:|]] Wikibooks mempunyai maklumat lanjut mengenai:
Swedish
  • Ethnologue report for Swedish Diarkibkan 2012-03-15 di Wayback Machine
  • Swedish Language Council[pautan mati kekal]
  • Swedish Swadesh list in wiktionary
  • Swedish Language Free Resource[pautan mati kekal]

Sumber utama dan pembelajaran

  • Swedish Language & Modern Culture
  • Swedish 101 Belajar Bahasa Sweden
  • Swedish Language Tutorial at ielanguages.com
  • An introduction to Swedish Diarkibkan 2006-08-29 di Wayback Machine
  • Swedish course oleh Björn Engdahl
  • Ida — Majalah bukan komersil untuk bahasa dan kesusasteraan Sweden untuk pelajar Bahasa Sweden peringkat permulaan dan lanjutan: Ida för svenska Diarkibkan 2006-02-16 di Wayback Machine
  • ALBIS Alat percuma untuk mengingati kosa kata bahasa Sweden

Kamus

  • Segala kamus bahasa Sweden percuma
  • Online dictionary Diarkibkan 2006-12-19 di Wayback Machine ditubuhkan kerajaan Sweden
  • The Swedish Schoolnet Diarkibkan 2006-12-21 di Wayback Machine Lexin - kamus bahasa Sweden-Inggeris
  • Kamus Bahasa Sweden dari Kamus Webster

Fonetik

  • Laryngograph recordings and resynthesis of different dialects of Swedish - Fail bunyi yang menggambarkan perbezaan prosodi antara bahasa-bahasa Skandinavia

Kesusateraan Sweden bersejarah

  • Imprin bahasa Sweden yang dipulihara secara digital sebelum tahun 1700 Diarkibkan 2007-05-24 di Wayback Machine dari laman web Pustaka Diraja Stockholm
  • Edisi faks digital Project Runeberg untuk Nordisk familjebok, ensiklopedia bahasa Sweden terpenting pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.
  • l
  • b
  • s