Domo-kun

Iklan untuk Domo-kun di dalam bas di Stesen Shibuya, Tokyo.

Domo (どーもくんcode: ja is deprecated , Dōmo-kun) ialah maskot rangkaian televisyen NHK Jepun yang muncul dalam beberapa sketsa animasi gerak henti 30 saat yang berfungsi sebagai pengenalan rancangan.

Latar belakang

Domo, selaku watak utama, dihuraikan dalam laman web rasni bahasa Inggeris sebagai "seekor makhluk aneh yang menetas dari sebiji telur." [1] Nama "Domo" diperoleh ketika episod kedua rancangannya apabila seorang juruhebah TV berkata, "doumo, konnichiwa" (どうも、こんにちはcode: ja is deprecated ), yang lebih kurang bermaksud, "Apa khabar di sana?", atau "Apa khabar, Domo?". Akhiran kun pada "Domo-kun" ialah gelaran mesra yang sering dipakai apabila menyapa lelaki yang lebih muda. Makanan kegemaran Domo-kun ialah gulai daging dan ubi kentang, manakala dia paling benci epal, gara-gara satu misteri yang belum terjawab dalam DNA-nya. Domo-kun juga selalu kembung apabila gementar atau marah.[1]

Domo tinggal dalam sebuah liang bawah tanah bersama Usaji (うさじいcode: ja is deprecated , Usajii) [2] [1], seekor arnab tua bijaksana yang gemar menonton televisyen dan minum teh hijau. Nama Usaji adalah kata lakur perkataan usagi (ウサギcode: ja is deprecated ), (arnab), dan jii-chan (じいちゃんcode: ja is deprecated ) (atuk). Usaji tidak gemar bahan-bahan "baharu" dan juga tidak ada telefon. Dari segi fesyen, Usaji lebih mementingkan bahan berbanding bentuk. Makanan kegemaran Usaji ialah lobak, manakala dia paling tidak gemar makan "benda-benda yang tidak bererti."

Dalam liang itu juga didiami dua ekor kelawar, iaitu si ibu bernama Shinobu (しのぶcode: ja is deprecated )[2] dan anaknya Morio (もりおcode: ja is deprecated ). Shinobu menderita alkoholisme.

Satu lagi watak utama dalam siri cerita ringkas ini ialah seekor musang bernama Tā-chan (たーちゃんcode: ja is deprecated ) [2] [1]. Tā-chan yang berusia 17 tahun ini hendak menjadi jurugaya atau peragawati di Tokyo dan selalu menggunakan teknologi (TV, telefon bimbit, dan kamera). Makanan kegemarannya ialah aprikot dan tart pudina, manakala landak laut paling dijauhi seleranya. [1] Nama Tā-chan berasal dari perkataan "berbilang saluran" (多チャンネルcode: ja is deprecated , tachanneru) dalam penyiaran digitak.

Pautan luar

  • NHK's official Domo webpage Diarkibkan 2008-03-14 di Wayback Machine
  • Official U.S. Domo website
  • Offcial Domo website Argentina ,Spanish Diarkibkan 2013-08-11 di Wayback Machine
  • Large Domo-kun plush on the bridge of the Enterprise
  • Frequently Asked Questions about Domo-kun
  • Infamous Domo-kun's Angry Smashfest flash game I-Mockery
  • Domo-kun wallpapers
  • A Domo-kun fan site
  • A Domo-kun fan blog[pautan mati kekal]
  • Domo-kun at the movies Diarkibkan 2007-09-14 di Wayback Machine satirical article
  • UNCYCLOPEDIA-JAPAN-どーもくん
  1. ^ a b c d e English page Diarkibkan 2007-12-03 di Wayback Machine, Domomode
  2. ^ a b c "Who? Diarkibkan 2008-03-10 di Wayback Machine," Domo Nation