Hari Malaysia
Hari Malaysia هاري مليسيا | |
---|---|
Nama rasmi | Hari Malaysia |
Juga dikenali sebagai | Malaysia |
Diraikan oleh/di | Rakyat Malaysia |
Jenis | kebangsaan |
Kepentingan | Tanda simbolik dan peringatan bagi penubuhan Persekutuan Malaysia |
Tarikh | 16 September 1963; 60 tahun yang lalu (1963-09-16) |
| ||
---|---|---|
Perdana Menteri Malaysia
Kabinet
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Menteri Dalam Negeri Malaysia Menteri Pendidikan I Malaysia
Menteri Pelajaran Malaysia
Menteri Perdagangan Antarabangsa Menteri Pertanian
Menteri Perdagangan Dalam Negeri
Menteri Belia dan Sukan Malaysia Menteri Besar Johor Darul Ta'zim
Isu Bertentangan Yayasan Badan Pemikir Keluarga
Buku Keputusan Pilihan Raya
| ||
|
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6 Tanah Melayu. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.[1]
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia,[2] namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.[3]
Dalam budaya masyhur
Malaysia Selamanya adalah lagu yang dikarang oleh Bobby Gimby untuk meraikan Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Bobby Gimby menerima nama panggilan "The Pied Piper of Canada" selepas Perdana Menteri menamakan Gimby sebagai "Pied Piper dari Kanada". Lagu itu dirakamkan di Kuala Lumpur dan Singapura. Ia adalah lagu rakyat dengan panjang 2 minit dinyanyikan oleh Choir of Marymount Vocational School (Singapura). Pada hari-hari sebelum penggabungan itu, ia telah diajar kepada kanak-anak sekolah sebelum penggabungan dan menjadi lambakan segera apabila disiarkan melalui gelombang udara di seluruh bahagian Malaysia.
Tuan Rumah
2015 Sabah
2016 Sarawak
2017 Sarawak
2018 Sabah
2019 Sarawak
2020 Sarawak
2021 Sabah
2022 Melaka
2023 Sarawak
Lihat juga
Rujukan
- ^ A marriage that was doomed from the start. New Straits Times. 4 Ogos, 2007.
- ^ Lim Sokong Cuti Umum 16 Sept Untuk Lima Negeri Ditadbir Pakatan Rakyat
- ^ Hari Malaysia Diisytihar Sebagai Cuti Umum, Bernama