Harun Thohir

Kopral Dua KKO (Anumerta)

Harun Tohir bin Mandar
Fail:Harun.KKO.jpg
Butiran peribadi
Lahir(1943-04-14)14 April 1943
Pulau Bawean, Kabupaten Gresik, Jawa Timur, Indonesia
Meninggal dunia17 Oktober 1968(1968-10-17) (umur 25)
Penjara Changi, Singapura
AnugerahPahlawan Nasional Indonesia
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Indonesia
Perkhidmatan/
cawangan
TNI Angkatan Laut
Tahun perkhidmatan1962–1968
Pangkat Kopral Dua KKO
UnitKKO (Taifib)

Harun Tohir bin Mandar (lahir di Pulau Bawean, Kabupaten Gresik, Jawa Timur, 14 April 1943 – meninggal di Singapura, 17 Oktober 1968 pada umur 25 tahun) adalah salah satu dari dua anggota KKO (Korps Komando; kini disebut Korps Marinir) Indonesia.

Beliau dan Usman Janatin terbabit dalam insiden terorisme yang berlaku di Pusat Bandar Singapura (saat terjadinya Konfrontasi dengan Malaysia[1] di mana mereka mengebom sebuah bangunan bank jauh ke dalam Pusat Bandar Singapura pada 10 Mac 1965 lalu mengorbankan 6 orang awam dan 33 yang lain cedera. Kedua-dua marinir ini dihukum gantung oleh pemerintah Singapura pada Oktober 1968

Awal hidup

Sebaik sahaja Usman lulus sekolah menengah atas, beliau segera mendaftarkan diri ke Tentara Nasional Indonesia untuk menjadi seorang marinir dalam Korps Komando Operasi. Impian Usman menjadi kenyataan pada tanggal 1 Juni 1962.

Penglibatan dalam Konfrontasi

Sukarno selaku Presiden Republik Indonesia tidak senang dengan perkembangan berikutan penggabungan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak danSingapura membentuk persekutuan Malaysia baharu; gabungan tersebut dilihat Sukarno bentuk baru imperialisme yang berpotensi mengancam kedaulatan Indonesia lagi-lagi dengan selisihnya kawasan tersebut mendekati wilayah Kalimantan di pulau Borneo, malah Sukarno berkeras menganggap persekutuan Tanah Melayu sebagai negara boneka United Kingdom.[2] Gerakan Ganyang Malaysia segera dilancarkan Sukarno di mana Usman nantinya bakal memainkan peran yang sangat penting.[3]

Pengeboman MacDonald House

Pada 8 Mac 1965, dia, Usman Janatin dan Gani bin Arup ditugaskan untuk melakukan suatu sabotase jauh di Pusat Bandar Singapura di mana mereka diarahkan mengebom sebuah pencawang tenaga elektrik menggunakan 12.5 kilogram (atau 28 oz) bahan peledak.

Ketiga-tiga mereka sebaliknya menyasarkan sebuah bangunan komersial milik Hong Kong and Shanghai Bank, yang sekarang dikenal sebagai MacDonald House. Letupan yang berlaku pada 10 Mac 1965 menewaskan enam orang dan melukai sedikitnya 33 lainnya, yang semuanya warga awam tak berdosa.

Ketika ketiga-tiga merekA melarikan diri; Usman dan Harun pergi ke pantai sementara Gani memilih laluan yang berbeda. Janatin dan Thahir merampas perahu bermotor untuk cuba melarikan diri, namun perahu motor rosak. Mereka ditangkap oleh pasukan patroli Singapura pada 13 Mac 1965 dan dihukum karena pembunuhan, karena mereka telah mengenakan pakaian sipil pada saat itu dan telah menargetkan bangunan sipil, dan dijatuhi hukuman mati oleh pengadilan Singapura.[4]

Kehormatan diberikan pemerintah Indonesia

Atas jasa-jasanya kepada negara, Kopral KKO TNI Anumerta Harun bin Said alias Thohir bin Mandar Anggota Korps Komando AL-RI Harun bin Said dianugerahi gelar Pahlawan Nasional berdasarkan SK Presiden RI No.050/TK/Tahun 1968, tanggal 17 Oktober 1968. Ia dimakamkan di TMP Kalibata, Jakarta, dan kini nama ia diabadikan menjadi nama Jalan di depan Markas Korps Marinir (Jalan Prajurit KKO Usman dan Harun), Kwitang, Jakarta Pusat,[5] Kapal Republik Indonesia, KRI Usmman-Harun (359) dan Bandar Udara Harun Thohir di Pulau Bawean, Kabupaten Gresik.[6][7]

Rujukan

  1. ^ ""Kopral KKO ANM. Harun Tohir Bin Mandar"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-07. Dicapai pada 2019-11-28.
  2. ^ Hellwig & Tagliacozzo, The Indonesia Reader: History, Culture, Politics, 2009:345
  3. ^ "Usman dan Harun, Marinir Indonesia yang Digantung di Singapura". tirto.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-09-22.
  4. ^ Ajisaka 2008, p. 216
  5. ^ "Prajurit KKO Usman dan Harun Gantikan Nama Jalan Prapatan Jakarta"
  6. ^ "PAHLAWAN NASIONAL USMAN DAN HARUN DI KUKUHKAN SEBAGAI NAMA KRI"[pautan mati kekal] website marinir.mil.id
  7. ^ Mirnawati (2012). Kumpulan Pahlawan Indonesia Terlengkap (dalam bahasa Indonesia). Jakarta: CIF. ISBN 978-979-788-343-0.

Pautan luar

  • Usman dan Harun Pahlawan Dwikora
  • Mengenang Usman dan Harun (1)
  • Mengenang Usman dan Harun (2)
  • Operasi Militer Usman dan Harun
  • Sersan Usman dan Koperal Harun Diarkibkan 2014-03-01 di Wayback Machine
  • Profil Harun bin Said alias Tohir bin Mandar
  • Soeharto Paksa Lee Kuan Yew ke Makam Usman Harun
  • Soeharto Paksa Lee Kuan Yew ke Makam Usman Harun 2
  • Kisah Usman Harun Meledakkan Bom di Orchard Singapura
  • (Inggeris) HIDEAWAYS OF THE RICH AND INFAMOUS Diarkibkan 2005-05-06 di Wayback Machine - salah satu bagiannya menjadi sumber artikel ini
  • l
  • b
  • s
Politik
Ketenteraan
Kemerdekaan
Revolusionari
Ketahanan
Sastera
Seni
Pendidikan
Integrasi
Akhbar
Pembangunan
Agama
Perjuangan
  • Portal Portal Indonesia
  • Buku Wikipedia Buku

Templat:Tokoh-militer-stub