Kapal selam Jerman U-511

Sejarah
Nama: U-511
Dipesan: 20 Oktober 1939
Pembina: Deutsche Werft, Hamburg
Nombor limbungan: 307
Dibaringkan: 21 Februari 1941
Dilancarkan: 22 September 1941
Ditauliah: 8 Disember 1941
Takdir: Dijual kepada Jepun, 16 September 1943
Sejarah
Nama: RO-500
Diperolehi: 16 September 1943
Takdir:
  • Menyerah diri, Ogos 1945
  • Dikaramkan, 30 April 1946
Ciri-ciri umum
Jenis: Type IXC kapal selam
Sesaran:
  • 1,120 t (1,100 long ton) dipermukaan
  • 1,232 t (1,213 long ton) menyelam
Panjang:
  • 76.8 m (252 ka 0 in) o/a
  • 58.7 m (192 ka 7 in) pressure hull
Lunas:
  • 6.8 m (22 ka 4 in) o/a
  • 4.4 m (14 ka 5 in) badan kapal tekanan
Tinggi: 9.4 m (30 ka 10 in)
Draft: 4.7 m (15 ka 5 in)
Jana kuasa:
  • 2 × MAN M9V40/46 enjin disel cas lampau 9-silinder, 4,400 hp (3,281 kW)
  • 2 × SSW GU345/34 motor elektrik tindakan ganda, 1,000 hp (746 kW)
Halaju:
  • 18.2 knot (33.7 km/j) di permukaan
  • 7.7 knot (14.3 km/j) menyelam
Jarak:
  • 24,880 nmi (46,080 km) pada 10 knot (19 km/j) di permukaan
  • 117 nmi (217 km) pada 4 kn (7.4 km/j) menyelam
Kedalaman ujian: 230 m (750 ka)
Anak kapal: 48 to 56
Persenjataan:
  • • 6 × tiub torpedo (empat haluan, dua buritan)
  • • 22 × 533 mm (21 in) torpedo
  • • 1 × 10.5 cm SK C/32 meriam laut[1] (110 butir)
  • • Meriam penangkis kapal terbang
Rekod perkhidmatan (Jerman)[2][3]
Sebahagian:
  • Flotila U-boot Ke-4
  • (8 Disember 1941–31 Julai 1942)
  • Flotila U-boot Ke-10
  • (1 September 1943–1 Ogos 1942)
Komander:
  • Kptlt. Friedrich Steinhoff
  • (8 Disember 1941–17 Disember 1942)
  • Kptlt. Fritz Schneewind
  • (18 Disember 1942–20 November 1943)
Operasi:
  • Rondaan pertama: 16 Julai–29 September 1942
  • Rondaan kedua: 24 Oktober–28 November 1942
  • Rondaan ketiga: 31 Disember 1942–8 Mac 1943
  • Rondaan keempat: 10 Mei–7 Ogos 1943
Kemenangan:
  • Lima kapal dagang karam (41,373 GRT)
  • sebuah kapal dagang rosak (8,773 GRT)


Kapal selam Jerman U-511 ialah sebuah U-boot Jenis IXC milik Kriegsmarine (Tentera Laut) Jerman Nazi semasa Perang Dunia Kedua. Kapal selam ini mula dibina pada 21 Februari 1941 di limbungan Deutsche Werft di Hamburg sebagai "werk" 307, dilancarkan pada 22 September 1941 dan ditauliahkan pada 8 Disember 1941 di bawah pemerintahan Kapitanleutnant Friedrich Steinhoff.[2]

IJN RO-500, (bekas U-511) pada tahun 1943

Selepas menjalani latihan bersama-sama Flotila U-boot Ke-4, dari Mei 1942, U-511 digunakan bagi menguji kemungkinan melancar roket artileri 30 cm (12 in) Wurfkörper 42 dari U-boot. Dengan kerjasama saudara lelaki pegawai memerintahnya, Ernst Steinhoff dari Pusat Penyelidikan Tentera Darat Peenemünde, sebuah rak berisi enam roket dipasang pada dek dan dilancarkan dengan jayanya sementara kapal selam berada di permukaan dan sambil menyelam pada kedalaman 12 meter. Walau bagaimanapun, roket tidak berapa tepat dan rak-rak memberi kesan negatif terhadap mengendalian dan prestasi kapal semasa menyelam, dan oleh sebab itu projek dihentikan.[2]

U-boot ini menyertai Flotila U-boot Ke-10 bagi perkhidmatan barisan hadapan pada 1 September 19343. Dalam peranan ini, U-511 membuat empat rondaan perang, dengan dua rondaan di bawah Kptlt. Steinhoff, dan dua lagi di bawah Kptlt. Fritz Schneewind, dan berjaya menenggelamkan lima kapal dengan berat tuntas sebanyak 41,373 gross register tons (GRT) dan merosakkan sebuah lagi kapal dengan berat sebanyak 8,773 GRT.[2]

Kapal selam U-511 dipindahkan kepada Jepun pada 16 September 1943 dan digunakan dalam perkhidmatan Tentera Laut Imperial Jepun sebagai kapal selam RO-500 sehingga ia menyerah diri kepada Pihak Berikat pada bulan Ogos 1945.[2]

Rujukan

Nota
  1. ^ Campbell, John Naval Weapons of World War Two ISBN 0-87021-459-4 pp.248&249
  2. ^ a b c d e "Kapal jenis IXC boat U-511 - German U-boats of WWII - uboat.net". uboat.net. Dicapai pada 1 Februari 2010.
  3. ^ "War Patrols by German U-boat U-511 - Boats - uboat.net". uboat.net. Dicapai pada 1 February 2010.
Bibliografi
  • U-511 at uboat.net
  • U-511 at ubootwaffe.net
  • Bishop, C. Kriegsmarine U-Boats, 1939-45. Amber Books, 2006.

Pautan luar

  • U-511 at u-boot-archiv.de (Jerman)
  • Submarine RO-500: Tabular Record of Movement