Lebuhraya Maju

Templat:Malaysian expressway routebox

Lebuhraya Maju (MEX) (sebelum ini dikenali sebagai Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (KLPE) dan Lebuhraya Khusus KL-KLIA) E20 merupakan sebuah lebuh raya di Kuala Lumpur dan Selangor, Malaysia. Lebuh raya sepanjang 26 km (16 batu) ini menghubungkan pusat bandar raya Kuala Lumpur dengan Putrajaya, dan seterusnya pada masa akan datang ia bakal dipanjangkan sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.

Sejarah

Projek ini dicadangkan pada tahun 1995, tetapi telah digantung pada tahun 1997 berikutan Krisis Kewangan Asia 1997. Projek ini dihidupkan semula pada tahun 2004 dan siap pada Disember 2007. Laluan utama lebuh raya kini dibuka pada lalu lintas bermula 13 Disember 2007. Pada Mei 2008, Kosortium Lapangan Terjaya Sdn Bhd (KLT) bertukar nama kepada Maju Expressway Sdn Bhd sementara Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya diubah namanya kepada Lebuhraya Maju.

Ciri-ciri

  • Bahagian lurus yang panjang di bahagian Bukit Jalil dan Putrajaya.
  • Had laju berubah-ubah antara 60 hingga 90 km/j.
  • Dua kawasan rehat dan rawat (R&R) di Seri Kembangan.

Pautan luar

  • Maju Holdings Berhad
  • Maju Expressway Sdn Bhd
  • l
  • b
  • s
Bendera Malaysia Rangkaian Lebuhraya Malaysia
Antara negeri
Kuala Lumpur, Lembah Klang
dan Selangor
Iskandar Malaysia dan Johor
Pulau Pinang
(Seberang Perai dan pulau)
Kedah dan Perak
Sabah, Sarawak dan Labuan
  • E24 Jambatan Tun Salahuddin
Sabah dan Sarawak
Lain-lain
Lebuhraya yang dicondongkan sedang dibina, manakala yang dikelabukan masih dalam perancangan