Matt Dallas

Matt Dallas

Lahir: (1982-10-21) 21 Oktober 1982 (umur 41)
Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat
Pekerjaan: Pelakon

Matthew Joseph Dallas (lahir 21 Oktober, 1982 di Phoenix, Arizona) merupakan pelakon Amerika Syarikat. Beliau mula berminat berlakon sedari umur 12 tahun apabila neneknya membawanya menonton The Ugly Duckling. Beliau berpindah ke Los Angeles, California apabila meningkat 18 tahun. Beliau pernah terlibat dalam filem Babysitter Wanted dan The Indian, juga musim kedua rancangan televisyen terbitan ABC Family Kyle XY, di mana beliau memegang watak utama sebagai Kyle. Dallas juga terlibat di dalam filem seperti Living The Dream, Wannabe, Camp Daze, dan Way of The Vampire. Dallas turut muncul di dalam rancangan televisyen popular, Entourage. Pada 2005, Dallas bersama Mischa Barton muncul di dalam video klip James Blunt yang bertajuk "Goodbye My Lover". Beliau juga pernah muncul di rancangan temubual seperti The View dan Jimmy Kimmel Live. Beliau telah membincangkan perihal kerjayanya, keluarga, rancangan televisyen yang membabitkan dirinya dan beberapa topik lain. Dallas turut ditemubual oleh TVGuide.com.[1] Pada Ogos 2006, Perez Hilton mengesyaki Dallas merupakan seorang homoseksual.[2]

Filem

  • Babysitter Wanted (2007)
  • The Indian (2006) (release date pushed back)
  • Living the Dream (2006)
  • Wannabe (2005)
  • Camp Daze (2005)
  • Way of the Vampire (2005)

Rancangan Televisyen

  • Kyle XY (2006-kini)
  • Kathy Griffin: My Life on the D-List
  • Entourage (TV series) episod "Chinatown"

Lain-lain

  • Thinking Of You Music Video (2009)
  • Goodbye My Lover Music Video (2005)
  • Geek Love Music Video (2004)

Pautan Dalaman

  • Official Matt Dallas Website
  • Matt Dallas di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)