Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Iraq

Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Iraq (bahasa Inggeris: United Nations Assistance Mission in Iraqcode: en is deprecated , UNAMI) dibentuk pada 14 Ogos 2003 oleh Resolusi 1500 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (MK PBB) atas permintaan pemerintah Iraq untuk menyokong usaha pembangunan negara.[1][2]

Mandat UNAMI termasuk memberi nasihat dan membantu pemerintah dalam dialog politik dan pemulihan nasional; menyokong proses politik seperti pilihan raya umum dan bancian nasional; memudahkan dialog serantau antara Iraq dan negara-negara tetangga; mengkoordinasikan pengiriman bantuan kemanusiaan; memajukan reformasi keadilan dan undang-undang; dan mempromosikan hak asasi manusia.

Rujukan

  1. ^ Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Resolution 1500 S-RES-1500(2003) page 1 on 14 August 2003 (retrieved 13 September 2007)
  2. ^ "About UN in Iraq". United Nations Iraq. Dicapai pada 19 April 2020.

Pautan luar

  • Tapak web rasmi Sunting ini di Wikidata (dalam bahasa Inggeris, Arab, dan Sorani Kurdish)
  • Iraq Inter-Agency Information & Analysis Unit Reports, Maps and Assessments of Iraq from the UN Inter-Agency Information & Analysis Unit