Mutiara Damansara

Mutiara Damansara
Transkripsi Lain-lain
 • Bahasa Cina珍珠白沙羅
Jalan PJU7
Jalan PJU7
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 3°05′N 101°39′E / 3.083°N 101.650°E / 3.083; 101.650
Negara Malaysia
NegeriSelangor
DaerahPetaling Jaya
Keluasan
 • Jumlah1.38 km2 (0.53 batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
47810

Mutiara Damansara merupakan satu kawasan perumahan dan komersial yang baru yang dimiliki Mutiara Rini Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Boustead, di daerah Petaling, Selangor.

Ciri-ciri

Lotus's

Mutiara Damansara merupakan projek pembangunan perumahan dan komersial berbentuk mewah yang mengambil tanah seluas kira-kira 145 hektar yang terletak di pusat sektor paling lumayan Lembah Klang, dan mempunyai nilai pembangunan kasar RM1 bilion. Petempatan ini yang dikelilingi Bandar Utama, Taman Tun Dr. Ismail, Bandar Sri Damansara dan Sunway Damansara merupakan salah satu tempat yang paling digemari oleh pembeli hartanah di Lembah Klang.

Pembangunan komersial

the Curve

Pembangunan komersial yang pesat menggambarkan para penghuninya - giat, beraneka dan mesra. The Curve di Mutiara Damansara mampu membayangkan semua kualiti ini. The Curve merupakan pusat gaya hidup terbuka yang terulung di Malaysia yang dilengkapi lorong beli-belah khusus yang menjanjikan pengalaman baru kepada para pelanggan. Dengan 250 kedai makanan dan butik fesyen yang didirikan jenama terkemuka, inilah tempatnya di mana seseorang dapat memperoleh kepelbagaian fesyen, hiburan yang penuh keseronokan dan makanan yang lazat. The Curve dilengkapi hiburan luar bangunan yang dipenuhi acara muzik dan kesenian sepanjang tahun.

Keluasan tanah bersih (ruang yang boleh disewa untuk kedai makan, fesyen dan pejabat) the Curve kira-kira 63,000 meter persegi, turut didampingi hotel Royale Bintang yang bertaraf empat bintang, plaza umum, laluan mesra pejalan kaki ke IKEA, Lotus's dan Cineleisure serta tempat letak kereta bawah tanah beraras dua yang boleh menampung sebanyak 2,400 buah kereta.

IKEA

Ikea Muntiara Damansara

IKEA merupakan jenama penjual perabot yang terkemuka dari Sweden yang mempunyai lebih daripada 160 cawangan di 29 buah negara. Cawangan Malaysia di Mutiara Damansara yang dibuka pada Ogos 2003 (setelah berpindah dari 1 Utama) merupakan cawangan IKEA yang terbesar di Asia, mengambil tanah seluas kira-kira 25100 meter persegi, menawarkan lebih 7,000 keperluan dan hiasan perumahan untuk semua.

Cineleisure Damansara

Kumpulan Cathay serta pemaju penempatan ini telah membangunkan pusat beli-belah dan hiburan yang mengambil tanah seluas 19000 meter persegi sebagai penghuni utama ketiga di kawasan niaga Mutiara Damansara, iaitu Cineleisure Damansara. Cineleisure Damansara yang dibuka pada pertengahan tahun 2006 khusus sebagai tempat pawagam, akan dilengkapi pusat boling 60 lorong, disko, arked permainan video dan kedai peruncit bahan hiburan, serupa dengan Kompleks Cineleisure di Orchard Road, Singapura. Kemudian Kumpulan Boustead membeli pusat beli-belah itu kemudian menjenamakan semula kepada eCurve. Pusat membeli-belah itu kemudian ditutup untuk dijenamakan semula sebagai The Lines Mutiara Damansara.

Pengangkutan

Bas PJ City Bus laluan PJ06 di Hentian Bandar Utama pada tahun 2024

Mutiara Damansara dapat dicapai dengan menggunakan perkhidmatan bas awam yang disediakan oleh Rapid KL; iaitu laluan 780 dalam Koridor Lebuhraya Persekutuan, 801 dan 802 dalam Koridor Damansara Laluan bas 780 akan bermula di Hentian Akhir Bandar (HAB) Pasar Seni di Platform D, di Jalan Sultan Mohamed, Kuala Lumpur (kod hentian bas – KL2212) dan tamat di Seksyen 8 Kota Damansara dekat PPR Kota Damansara di Jalan Pekaka 8/1, Kota Damansara untuk ke arah Kota Damansara. Manakala untuk ke arah Hab Pasar Seni, adalah sebaliknya.[1] Laluan 801 pula bermula di Terminal Bandar Utama dekat 1 Utama menuju ke Taman Usahawan dekat Kepong manakala laluan 802 pula bermula di stesen LRT Kelana Jaya menuju ke Seksyen 11 Kota Damansara.[2][3] Perkhidmatan bas laluan 780 dan 802 hanya berkhidmat di sekitar Persiaran Surian manakala laluan 801 berkhidmat di sepanjang Jalan PJU 7/1.[1][2][3]

PJ City Bus (atau bas Smart Selangor) juga berkhidmat di sekitar Mutiara Damansara. Laluan bas PJ06 bermula di Terminal Bandar Utama ke Damansara Damai berkhidmat di sepanjang Jalan PJU 7/1, Mutiara Damansara. Jumlah flet bas PJ City Bus yang diperuntukkan untuk laluan PJ06 ialah sebanyak tiga buah flet sehari, dengan kekerapan bas di antara 30 hingga 35 minit. Laluan bas PJ06 dikendalikan sepenuhnya oleh Rapid KL.[4][5][6] Panjang keseluruhan laluan bas PJ06 ialah 30.5 kilometer (19.0 bt).[6]

Selain itu juga, stesen MRT Mutiara Damansara merupakan satu-satunya stesen kereta api di Mutiara Damansara. Stesen kereta api ini menyediakan perkhidmatan Laluan Kajang dan buat julung kalinya beroperasi pada 16 Disember 2016 di bawah Fasa 1 pembukaan Laluan Kajang.[7] Di stesen MRT ini juga, terdapat perkhidmatan bas perantara MRT Laluan Kajang.[8] Terdapat dua laluan bas yang disediakan, membabitkan T809 dan T810 dalam Koridor Damansara. Laluan bas T809 bermula di Pintu C stesen menuju ke Damansara Perdana dan Bandar Utama manakala laluan bas T810 bermula di Pintu B stesen menuju ke Kampung Bukit Lanjan.[8][9][10]

Rujukan

  1. ^ a b "MyRapid - Bus Kiosk | 751" [MyRapid - Hentian Bas | 751]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  2. ^ a b "MyRapid - Bus Kiosk | 801" [MyRapid - Hentian Bas | 801]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  3. ^ a b "MyRapid - Bus Kiosk | 802" [MyRapid - Hentian Bas | 802]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  4. ^ "MyRapid - Bus Kiosk | PJ06" [MyRapid - Hentian Bas | PJ06]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  5. ^ "'PJ CITY BUS' Free Bus Service" [Perkhidmatan Bas Percuma 'PJ City Bus']. Causeway Link (dalam bahasa Inggeris). Handal Indah. Dicapai pada 16 Februari 2024.
  6. ^ a b "#MariNAIK PJ City Bus" (PDF). Majlis Bandaraya Petaling Jaya. 2018. Dicapai pada 16 Februari 2024.
  7. ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Disember 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2017. Dicapai pada 6 November 2018.
  8. ^ a b "Rapid KL - Bus Info: Feeder Bus For MRT Kajang Line" [Rapid KL - Maklumat Bas: Bas Perantara untuk MRT Laluan Kajang]. myrapid.com.my (dalam bahasa Inggeris). Prasarana Malaysia Berhad. Dicapai pada 28 Januari 2024.
  9. ^ "MyRapid - Bus Kiosk | T809" [MyRapid - Hentian Bas | T809]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  10. ^ "MyRapid - Bus Kiosk | T810" [MyRapid - Hentian Bas | T810]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Shah Alam
Topik umum
Topik
Sosial
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
  • Pengangkutan
Bahagian
pentadbiran
9 Daerah dan 12 Kerajaan tempatan (3 Bandar, 8 Perbandaran, 1 Daerah)
Zon khas: Bandar gabungan Lembah Klang · Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia)
Majlis Bandaraya
Petaling Jaya
(Daerah Petaling)
Shah Alam
(Daerah Petaling dan Klang)
Subang Jaya
(Daerah Petaling)
Majlis Perbandaran
Kajang
(Daerah Hulu Langat)
Ampang Jaya
(Daerah Hulu Langat dan Gombak)
Klang
(Daerah Klang)
Selayang
(Daerah Gombak)
Hulu Selangor
Sepang
Kuala Langat
Kuala Selangor
Majlis Daerah
Sabak Bernam
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P092 Sabak Bernam
N01 Sungai Air Tawar
N02 Sabak

P093 Sungai Besar
N03 Sungai Panjang
N04 Sekinchan

P094 Hulu Selangor
N05 Hulu Bernam
N06 Kuala Kubu Baharu
N07 Batang Kali

P095 Tanjong Karang
N08 Sungai Burong
N09 Permatang

P096 Kuala Selangor
N10 Bukit Melawati
N11 Ijok
N12 Jeram

P097 Selayang
N13 Kuang
N14 Rawang
N15 Taman Templer

P098 Gombak
N16 Sungai Tua
N17 Gombak Setia
N18 Hulu Kelang

P099 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
N20 Lembah Jaya

P100 Pandan
N21 Pandan Indah
N22 Teratai

P101 Hulu Langat
N23 Dusun Tua
N24 Semenyih

P102 Bangi
N25 Kajang
N26 Sungai Ramal
N27 Balakong

P103 Puchong
N28 Seri Kembangan
N29 Seri Serdang

P104 Subang
N30 Kinrara
N31 Subang Jaya

P105 Petaling Jaya
N32 Seri Setia
N33 Taman Medan
N34 Bukit Gasing

P106 Damansara
N35 Kampung Tunku
N36 Bandar Utama
N37 Bukit Lanjan

P107 Sungai Buloh
N38 Paya Jaras
N39 Kota Damansara

P108 Shah Alam
N40 Kota Anggerik
N41 Batu Tiga

P109 Kapar
N42 Meru
N43 Sementa
N44 Selat Klang

P110 Klang
N45 Bandar Baru Klang
N46 Pelabuhan Klang
N47 Pandamaran

P111 Kota Raja
N48 Sentosa
N49 Sungai Kandis
N50 Kota Kemuning

P112 Kuala Langat
N51 Sijangkang
N52 Banting
N53 Morib

P113 Sepang
N54 Tanjong Sepat
N55 Dengkil
N56 Sungai Pelek

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisumber
  • Kategori Kategori

Koordinat: 3°09′21″N 101°36′41″E / 3.1559303°N 101.611417°E / 3.1559303; 101.611417