Orang Kaska

Orang Kaska (juga Kaška, kemudiannya Kasku[1] dan Gasga[2]) merupakan sebuah kaum bukan Indo-Eropah[3] yang tidak berasal daripada mana-mana suku yang khusus pada Zaman Gangsa, dirakam dalam sumber-sumber Empayar Het.[4]. Mereka bertutur dalam bahasa Kaska dan tinggal di pergunungan Pontic Timur di Anatolia. Mereka tinggal di antara tengah wilayah Het di timur Anatolia dan Laut Hitam, dan disebut adalah sebab mengapa Empayar Het tidak dapat meluas ke utara. Mereka mungkin adalah kaum yang sama dengan kaum Caucones dalam catatan Yunani.

Lihat juga

  • iconPortal Asia

Rujukan

  1. ^ Huruf š digunakan untuk melambangkan bunyi /s/ dalam bahasa Het; perkataan Kaska berbeza yang disebut dalam teks-teks tulisan pepaku yang ditemui di Kirkuk, dalam bahasa Hurri ditulis dengan tulisan pepaku Akadia, nampaknya bermaksud tuaian pertama bijian, yang penghutang tidak boleh keluarkan dari ladang yang telah dituai dalam milikan seorang pemiutang secara sementara: E. A. Speiser, "New Kirkuk Documents Relating to Security Transactions" Journal of the American Oriental Society 52.4 (Disember 1932:350-367), esp. pp 362ff. Selain itu, Kašku ialah nama dewa bulan dalam bahasa Hatti, yang dituturkan di tapak penaklukan pertama mereka yang diketahui, di Nerik. Etnonim Hatti ini tidak semestinya mencerminkan bahasa atau identiti diri orang Kaska.
  2. ^ Edwards, I. E. S., Gadd, C. J., Hammond, N. G. L., & Sollberger, E. (Eds.). (1973). The Cambridge ancient history (Jil. 2). Cambridge University Press.
  3. ^ Encyclopedia of Indo-European Culture m/s 29 (1997) https://archive.org/details/EncyclopediaOfIndoEuropeanCulture/page/n63/mode/2up?q=Kaskians
  4. ^ "Meskipun terbukti kewujudan mereka dalam sejarah, orang Kaska hampir tidak diketahui dalam bidang arkeologi," pemerhatian Roger Matthews , "Landscapes of Terror and Control: Imperial Impacts in Paphlagonia" Near Eastern Archaeology 67.4 (December 2004:200-211) esp. pp202f.