Organisasi Kriegsmarine


Organisasi Kriegsmarine merujuk kepada struktur pengoperasian dan pentadbiran Tentera Laut Jerman dari tahun 1935 hingga 1945. Banyak intipati organisasi Kriegsmarine diwarisi dari pendahulunya iaitu Reichsmarine. Apabila Perang Dunia II berkembang, Kriegsmarine diperluaskan dengan pengurusan wilayah dan tanggungjawab tambahan, yang paling penting adalah pendudukan Perancis dan Pertempuran Atlantik.

Markas Besar Tentera Laut

Erich Raeder adalah panglima Kriegsmarine yang paling lama berkhidmat, memegang jawatan itu selama hampir 8 tahun, sebelum meletakkan jawatan kerana tidak menyetujui polisi ketenteraan laut dengan Adolf Hitler.

Pihak berkuasa tertinggi bagi Kriegsmarine ialah Oberkommando der Marine (OKM), yang diketuai oleh Panglima Tentera Laut Jerman (Oberbefehlshaber der Kriegsmarine). OKM seterusnya menjawab kepada Oberkommando der Wehrmacht (OKW); urusan tentera laut sering dijalankan secara bebas dari kehendak Tentera Darat, yang dibawah kuasa Oberkommando des Heeres (OKH). Tentera Laut dan Luftwaffe (Tentera Udara) lebih sedikit mempunyai koordinasi, menyebabkan kelewatan serius dalam pembangunan pasukan udara tentera laut.[1]

Anggota-anggota berikut berkhidmat sebagai Panglima Tentera Laut Jerman dari awal Kriegsmarine pada tahun 1935 hingga kejatuhan Jerman Nazi 10 tahun kemudian.

  • Erich Raeder: 1935–1943 (juga berkhidmat sebagai Panglima Reichsmarine)
  • Karl Dönitz: 1943–1945 (sebelum ini pernah bertugas sebagai Panglima Angkatan Kapal Selam)
  • Hans-Georg von Friedeburg: Mei 1945 (berkhidmat selama 22 hari sebelum membunuh diri)
  • Walter Warzecha: Mei – Jun 1945 (berkhidmat selama 1 bulan sehingga jawatan itu dimansuhkan)

Di dalam OKM terdapat beberapa jabatan tambahan, yang paling penting adalah Seekriegsleitung (SKL), yang menyelaras perancangan operasi dan peperangan laut. Beberapa jabatan juga wujud untuk pembinaan kapal, senjata, dan juga pejabat am untuk hal ehwal tentera laut (Allgemeines Marineamt). Sebuah jabatan bekalan dan logistik, dikenali sebagai Marinekommandoamt, bertanggungjawab atas semua keperluan kuartermaster.

Kriegsmarine tidak memiliki cawangan perisikan tentera laut yang bebas, tetapi sebaliknya bergantung kepada Abwehr, yang menyelaras risikan untuk semua cabang tentera Jerman. Laksamana Wilhelm Canaris adalah Ketua Abwehr untuk sepanjang keberadaannya sehingga beliau di gantikan tepat sebelum plot 20 Julai yang menentang Hitler. Selepas itu Abwehr dicantumkan kedalam Sicherheitsdienst dan diurus oleh SS dibawah Walter Schellenberg.[2]

Panglima armada

Panglima armada Kriegsmarine, yang juga merupakan anggota OKM, adalah pegawai tertinggi pentadbiran yang memimpin para panglima cabang. Jawatan ini sebenarnya tidak memerintah sesebuah armada di laut, tetapi lebih setanding dengan jawatan Naib Ketua Operasi Tentera Laut atau Timbalan Inspektor Tentera Laut pada zaman sekarang.

Rujukan

  1. ^ Whitley, M.J. Warship 33: Graf Zeppelin, Part 2. Annapolis: United States Naval Institute Press (1985)[halaman diperlukan]
  2. ^ Goerlitz, Walter. History of the German General Staff, 1657–1945. Boulder and London: Westview Press (1985)[halaman diperlukan]
  • l
  • b
  • s
Organisasi
Angkatan terdahulu
Kriegsmarine insignia
Kapal tentera
Kapal utama
  • Kelas Scharnhorst
  • Kelas Bismarck
  • Kelas Deutschland
Kruiser berat
  • Kelas Emden
  • Kelas Königsberg
  • Kelas Leipzig
Kruiser ringan
  • Kapal pembinasa
  • Kapal penyapu ranjau (Kapal auksiliari)
  • Bot torpedo
  • Bot serangan
  • Bot peronda
Kapal kecil
  • U-bot (model)
  • Flotila U-bot
  • Wilayah U-bot
Kapal selam
  • Kapal pengangkut pesawat
  • Kapal pengiring
  • Penyerang dagang
  • Kapal pendarat
  • Kapal layar
Flotila
  • Flotila permukaan laut
  • Flotila kapal penyapu ranjau
  • Flotila bot ronda
Pasukan Pantai
  • Pengawal pelabuhan
  • Pangkalan laut
  • Zon pertahanan laut
Peperangan dan pertempuran
Pertempuran
  • Laut Barents
  • Teluk Biscay
  • Penenggelaman Bismarck
  • Caribbean
  • Casablanca
  • Selat Denmark
  • Pelabuhan Horten
  • Ist
  • La Ciotat
  • Laut Ligurian
  • Pulau Nerva
  • North Cape
  • Pierres Noires
  • Point Judith
  • Sungai Plate
  • Sept-Îles
  • Someri
  • St. Lawrence
  • Sydney-Kormoran
  • Ushant
Kempen
Operasi
  • Bastia
  • Berlin
  • Juno
  • Lofoten
  • Nauru
  • Neuland
  • Rösselsprung
  • Wunderland
  • Zitronnella
Aksi
  • 4 Apr 41
  • 8 Mei 41
  • 27 Mac 42
  • 13 Mei 42
  • 6 Jun 42
  • 14 Feb 44
  • 6 Okt 44
  • 1 Nov 44
  • 10 Nov 44
  • 26 Apr 44
  • 28 Jan 45
  • 9 Feb 45
  • 23 Apr 45
Pengepungan
  • Cherbourg
  • Curaçao
  • La Rochelle
Pakaian seragam dan pingat
  • Uniform dan lencana
  • Pingat dan anugerah
  • l
  • b
  • s
Tentera Laut Jerman
Pra–penyatuan negeri-negeri Jerman
Konfederasi Jerman
  • Reichsflotte (1848–1852)
  • Bundesflotte (perancangan)
Konfederasi Jerman Utara
  • Norddeutsche Bundesmarine (1867–1871)
Empayar Jerman
Republik Weimar
Jerman Nazi
Jerman jajahan Pihak Bersekutu
  • Pentadbiran Pembersihan Ranjau Laut Jerman (1945–1947)
  • Formasi Pembersihan Ranjau Laut Cuxhaven Jerman (1948–1951)
  • Unit Perkhidmatan Buruh (B) (1951–1957)
  • Seegrenzschutz (1951–1956) (Jerman Barat)
  • Pentadbiran Utama Polis Marin (1950–1956) (Jerman Timur)
Tentera Laut Jerman pasca PDII