Pasukan bola sepak kebangsaan Itali
Gelaran | Gli Azzurri | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Persatuan | Persekutuan Bola Sepak Itali Federazione Italiana Giuoco Calcio (FIGC) | ||||||||||||||||
Konfederasi | UEFA (Eropah) | ||||||||||||||||
Ketua jurulatih | Luciano Spalletti | ||||||||||||||||
Kapten | Ciro Immobile[1] | ||||||||||||||||
Kaps terbanyak | Gianluigi Buffon (154) | ||||||||||||||||
Penjaring terbanyak | Luigi Riva (35) | ||||||||||||||||
Kod FIFA | ITA | ||||||||||||||||
Kedudukan FIFA | 9 ▬ (4 April 2024)[2] | ||||||||||||||||
Kedudukan tertinggi FIFA | 1 (November 1993, Februari 2007, April-Jun 2007, September 2007) | ||||||||||||||||
Kedudukan terendah FIFA | 16 (April 1998, Oktober 2010) | ||||||||||||||||
Kedudukan Elo | 12 ▼ 5 (27 November 2023)[3] | ||||||||||||||||
Kedudukan tertinggi Elo | 1 (Jun 1934 – Mac 1940, Disember 1940 – November 1945, Julai–Ogos 2006) | ||||||||||||||||
Kedudukan terendah Elo | 21 (November 1959) | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Antarabangsa pertama | |||||||||||||||||
Itali 6–2 Perancis (Milan, Itali; 15 Mei 1910) | |||||||||||||||||
Kemenangan terbesar | |||||||||||||||||
Itali 9–0 Amerika Syarikat (Brentford, England; 2 Ogos 1948) | |||||||||||||||||
Kekalahan terbesar | |||||||||||||||||
Hungary 7–1 Itali (Budapest, Hungary; 6 April 1924) | |||||||||||||||||
Piala Dunia | |||||||||||||||||
Kemunculan | 18 (Kali pertama pada 1934) | ||||||||||||||||
Keputusan terbaik | Juara (1934, 1938, 1982, 2006) | ||||||||||||||||
Kejohanan Eropah | |||||||||||||||||
Kemunculan | 11 (Kali pertama pada 1968) | ||||||||||||||||
Keputusan terbaik | Juara (1968, 2020) | ||||||||||||||||
Piala Konfederasi FIFA | |||||||||||||||||
Kemunculan | 2 (Kali pertama pada 2009) | ||||||||||||||||
Keputusan terbaik | Tempat Ketiga (2013) | ||||||||||||||||
Anugerah
|
Pasukan bola sepak kebangsaan Itali (Itali: Nazionale di calcio dell’Italiacode: it is deprecated ) adalah sebuah pasukan yang mewakili Itali dan dikawal oleh Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC), sebuah badan pentadbir untuk bola sepak di Itali. Itali merupakan salah satu pasukan bola sepak kebangsaan kedua yang paling berjaya di dunia, iaitu berkedudukan di belakang Brazil. Mereka telah melakar sejarah apabila telah menjadi juara untuk pertandingan Piala Dunia FIFA sebanyak empat kali (1934, 1938, 1982, 2006) Selain daripada itu, mereka juga telah menjadi juara Kejohanan Eropah (1968 & 2020), memenangi pingat emas di pertandingan Kejohanan bola sepak Olimpik (1936) dan dua Piala Antarabangsa Eropah Tengah.
Warna tradisi bagi pasukan ini (juga bagi semua pasukan kebangsaan Itali dan atlet yang secara rasminya mewakili Itali) adalah biru azure[4] (azzurro, dalam bahasa Itali), berikutan "Azzurro Savoia" (Biru Savoy). Warna tersebut secara tradisinya berkait dengan dinasti diraja yang menyatukan Itali pada tahun 1861 dan kekal dalam standard rasminya melalui Presiden Itali.
Pasukan ini tidak mempunyai "stadium tuan rumah" yang tetap seperti pasukan kebangsaan yang tertentu. Tempat latihan utama terletak di ibu pejabat FIGC di Coverciano, Florence. Pasukan ini memainkan perlawanan tempatan mereka di pelbagai stadium di seluruh Itali.
Sejarah
Asal-usul dan dua Piala Dunia yang pertama (1910-1938)
Perlawanan pertama bagi pasukan ini telah diadakan di Milan pada 15 Mei 1910 di mana Itali mengalahkan Perancis dengan jaringan 6–2.[5] Sedikit kekacauan telah menyebabkan para pemain Pro Vercelli, sebuah pasukan terabik dalam liga, terkeluar daripada perlawanan. Pada akhir perlawanan, semua pemain telah menerima beberapa paket rokok sebagai hadiah daripada 4,000 penonton yang bertindak membalingnya.[6] Pasukan Itali terdiri daripada (dengan formasi 2–3–5): De Simoni; Varisco, Calì; Trerè, Fossati, Capello; Debernardi, Rizzi, Cevenini I, Lana, Boiocchi. Kapten pertama bagi pasukan ini ialah Francesco Calì.[7]
Pasukan ini berjaya memperoleh pingat gangsa dalam perlawanan rasmi di Sukan Olimpik Musim Panas 1928, Amsterdam. Selepas kalah pada peringkat separuh akhir menentang Uruguay, jaringan 11–3 terhadap Mesir telah mengesahkan kedudukan mereka dalam tempat ketiga.
Selepas enggan menyertai perlawanan Piala Dunia pertama, (1930, di Uruguay) pasukan Itali telah memenangi dua edisi Piala Dunia (1934 dan 1938) secara berturut-turut di bawah kendalian jurulatih Vittorio Pozzo dan pemain terbaik Itali sepanjang masa, Giuseppe Meazza. Antara pemain hebat dalam zaman tersebut termasuklah Luis Monti, Giovanni Ferrari, Giuseppe Ruffino dan Virginio Rosetta. Pada Piala Dunia 1934, mereka telah mengalahkan Czechoslovakia hasil jaringan 2–1 oleh Raimundo Orsi dan Angelo Schiavio sewaktu di Rom.
Rekod Kejohanan
Piala Dunia FIFA
Rekod Piala Dunia FIFA | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Pusingan | Kedudukan | BP | M | S* | K | JG | GB |
1930 | Tidak Memasuki | |||||||
1934 | Juara | 1 | 5 | 4 | 1 | 0 | 12 | 3 |
1938 | 1 | 4 | 4 | 0 | 0 | 11 | 5 | |
1950 | Pusingan 1 | 7 | 2 | 1 | 0 | 1 | 4 | 3 |
1954 | 10 | 3 | 1 | 0 | 2 | 6 | 7 | |
1958 | Tidak layak | |||||||
1962 | Pusingan 1 | 9 | 3 | 1 | 1 | 1 | 3 | 2 |
1966 | 9 | 3 | 1 | 0 | 2 | 2 | 2 | |
1970 | Naib Juara | 2 | 6 | 3 | 2 | 1 | 10 | 8 |
1974 | Pusingan 1 | 10 | 3 | 1 | 1 | 1 | 5 | 4 |
1978 | Tempat Keempat | 4 | 7 | 4 | 1 | 2 | 9 | 6 |
1982 | Juara | 1 | 7 | 4 | 3 | 0 | 12 | 6 |
1986 | Pusingan 2 | 12 | 4 | 1 | 2 | 1 | 5 | 6 |
1990 | Tempat Ketiga | 3 | 7 | 6 | 1 | 0 | 10 | 2 |
1994 | Naib Juara | 2 | 7 | 4 | 2 | 1 | 8 | 5 |
1998 | Suku Akhir | 5 | 5 | 3 | 2 | 0 | 8 | 3 |
2002 | Pusingan 2 | 15 | 4 | 1 | 1 | 2 | 5 | 5 |
2006 | Juara | 1 | 7 | 5 | 2 | 0 | 12 | 2 |
2010 | Pusingan 1 | 26 | 3 | 0 | 2 | 1 | 4 | 5 |
2014 | 22 | 3 | 1 | 0 | 2 | 2 | 3 | |
2018 | Tidak layak | |||||||
2022 | ||||||||
Jumlah | Terbaik: Juara | 18/22 | 86 | 46 | 21 | 19 | 132 | 81 |
- *Menandakan seri termasuk perlawanan kalah mati memutuskan tendangan penalti.
- **Warna latar belakang emas menunjukkan bahawa kejohanan telah dimenangi.
- ***Warna sempadan merah menunjukkan kejohanan telah diadakan pada tempat sendiri.
Piala Eropah
Piala Eropah | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Pusingan | Kedudukan | BP | M | S* | K | JG | GB |
1960 | Tidak Memasuki | |||||||
1964 | Tidak layak | |||||||
1968 | Juara | 1 | 3 | 1 | 2 | 0 | 3 | 1 |
1972 | Tidak layak | |||||||
1976 | ||||||||
1980 | Tempat Keempat | 4 | 4 | 1 | 3 | 0 | 2 | 1 |
1984 | Tidak layak | |||||||
1988 | Separuh Akhir | 3 | 4 | 2 | 1 | 1 | 4 | 3 |
1992 | Tidak layak | |||||||
1996 | Pusingan 1 | 10 | 3 | 1 | 1 | 1 | 3 | 3 |
2000 | Naib Juara | 2 | 6 | 4 | 1 | 1 | 9 | 4 |
2004 | Pusingan 1 | 9 | 3 | 1 | 2 | 0 | 3 | 2 |
2008 | Suku Akhir | 8 | 4 | 1 | 2 | 1 | 3 | 4 |
2012 | Naib Juara | 2 | 6 | 2 | 3 | 1 | 6 | 7 |
2016 | Suku Akhir | 5 | 5 | 3 | 1 | 1 | 6 | 2 |
2020 | Juara | 1 | 7 | 5 | 2 | 0 | 13 | 4 |
2024 | Layak | |||||||
Jumlah | Terbaik: Juara | 11/17 | 45 | 21 | 18 | 6 | 52 | 31 |
- *Menandakan seri termasuk perlawanan kalah mati memutuskan tendangan penalti.
- **Warna latar belakang emas menunjukkan bahawa kejohanan telah dimenangi.
- ***Warna sempadan merah menunjukkan kejohanan telah diadakan pada tempat sendiri.
Piala Konfederasi FIFA
Piala Konfederasi FIFA | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Pusingan | Kedudukan | BP | M | S* | K | JG | GB | |
1992 | Tidak layak | ||||||||
1995 | |||||||||
1997 | |||||||||
1999 | |||||||||
2001 | |||||||||
2003 | |||||||||
2005 | |||||||||
2009 | Pusingan 1 | 5 | 3 | 1 | 0 | 2 | 3 | 5 | |
2013 | Tempat Ketiga | 3 | 5 | 2 | 2 | 1 | 10 | 10 | |
2017 | Tidak layak | ||||||||
Jumlah | Terbaik: Tempat Ketiga | 2/10 | 8 | 3 | 2 | 3 | 13 | 15 |
Pemain
Skuad terkini
Pemain berikut telah dipanggil untuk perlawanan kelayakan UEFA Euro 2024 UEFA menentang Macedonia Utara dan Ukraine masing-masing pada 17 dan 20 November 2023.[8]
|
Nota
- ^ a b Penyertaan terhad kepada pemain amatur sahaja.
- ^ Penyertaan adalah terhad iaitu had maksimum sebanyak tiga pemain telah dikenakan bagi yang melebihi usia 23 tahun setiap pasukan; permainan itu secara amnya tidak dianggap sebagai sebahagian daripada rekod pasukan kebangsaan.
Rujukan
- ^ "Spalletti conferma: "Immobile capitano dell'Italia fino agli Europei"" (dalam bahasa Itali). 6 September 2023.
- ^ "The FIFA/Coca-Cola World Ranking". FIFA. 4 April 2024. Dicapai pada 4 April 2024.
- ^ Elo rankings change compared to one year ago. "World Football Elo Ratings". eloratings.net. 27 November 2023. Dicapai pada 27 November 2023.
- ^ Biru azure merupakan warna bagi dewan diraja Kerajaan Itali. Dalam dua perlawanan pertama, pasukan kebangsaan Itali memakai baju putih bersama seluar pendek untuk kelab yang terdiri daripada setiap pemain; baju azure telah diperkenalkan pada perlawanan yang ketiga.
- ^ "FIGC". Figc.it. Dicapai pada 2012-04-21.
- ^ "FIGC – Club Italia". Figc.it. Dicapai pada 2012-04-21.
- ^ http://download.repubblica.it/pdf/motori/supplemento_ottobre06/04.pdf
- ^ "Azzurri al lavoro a Coverciano, nel pomeriggio il trasferimento a Roma: out Bastoni, convocati Mancini e Carnesecchi" (dalam bahasa Itali). Italian Football Federation. 16 November 2023. Dicapai pada 16 November 2023.
Gelaran
Didahului oleh 1930 Uruguay | Juara Dunia 1934 (Gelaran pertama) 1938 (Gelaran kedua) | Diikuti oleh: 1950 Uruguay |
Didahului oleh 1978 Argentina | Juara Dunia 1982 (Gelaran ketiga) | Diikuti oleh: 1986 Argentina |
Didahului oleh 2002 Brazil | Juara Dunia 2006 (Gelaran keempat) | Diikuti oleh: 2010 Sepanyol |
Didahului oleh 1964 Sepanyol | Juara Eropah 1968 (Gelaran pertama) | Diikuti oleh: 1972 Jerman Barat |
Pautan luar
- Persekutuan Bola Sepak Itali (Berita rasmi mengenai pasukan kebangsaan)
- Berita Piala Dunia Itali
- Arkib RSSSF bagi keputusan antarabangsa dari 1910—kini
- Arkib RSSSF bagi pemain yang memiliki kaps terbanyak dan jaringan terbanyak
- Arkib RSSSF bagi jurulatih dari 1910—kini
- Arkib Piala Dunia Planet bagi keputusan dalam Piala Dunia
- Arkib Piala Dunia Planet bagi skuad dalam Piala Dunia
- Arkib Piala Dunia Planet bagi keputusan dalam kelayakan Piala Dunia
- Eropah bagi pasukan bola sepak kebangsaan Itali di footballdatabase.com
- Statistik Forza Azzurri — Arkib statistik komprehensif
- Italian Calcio oleh Steve Amoia. Sejarah Azzurri dan Serie A. Laman bahasa Inggeris. Diarkibkan 2011-04-29 di Wayback Machine
- Football Italiano – Tapak web dari UK untuk bola sepak Itali
- Berita bola sepak Itali
- Piala Dunia Itali 2010 – Bertemu dengan skuad Piala Dunia Itali (VIDEO)