Puteri Alice dari Battenberg

Puteri Alice
Puteri Andrew dari Yunani dan Denmark
Puteri Alice pada tahun 1906
Keputeraan(1885-02-25)25 Februari 1885
Istana kota Windsor, Berkshire, England
Kemangkatan5 Disember 1969(1969-12-05) (umur 84)
Istana Buckingham, London, England
Pemakaman10 Disember 1969
Gereja Kecil St George, Istana Kota Windsor (1969–1988)
3 Ogos 1988
Gereja Mary Magdalene, Gethsemane, Baitulmaqdis (sejak 1988)
PasanganPutera Andrew dari Yunani dan Denmark (k. 1903; mangkat 1944)
AnakandaMargarita, Puteri Hohenlohe-Langenburg
Theodora, Margravine Baden
Cecilie, Waris Grand Duchess Hesse
Sophie, Puteri George dari Hanover
Putera Philip, Duke Edinburgh
Nama penuh
Victoria Alice Elizabeth Julia Marie
KerabatBattenberg
AyahandaPutera Louis dari Battenberg
BondaPuteri Victoria dari Hesse dan oleh Rhine
TandatanganTandatangan Puteri Alice

Puteri Alice dari Battenberg (Victoria Alice Elizabeth Julia Marie; 25 Februari 1885 – 5 Disember 1969) merupakan bonda Putera Philip dan bonda mertua Ratu Elizabeth II.

Merupakan cicitnda Ratu Victoria, baginda diputerikan di Istana kota Windsor dan membesar di United Kingdom, Empayar Jerman, dan Mediterranean. Seorang puteri Hesse sejak keputeraan, baginda merupakan ahli keluarga Battenberg, cabang morganatik Kerabat Hesse-Darmstadt. Baginda pekak sejak diputerakan. Selepas mengahwini Putera Andrew dari Yunani dan Denmark pada tahun 1903, baginda menerima pakai gelaran suaminya, menjadi Puteri Andrew dari Yunani dan Denmark. Baginda bersemayam di Yunani sehingga kebanyakan Kerabat diraja Yunani dibuang negeri pada tahun 1917. Apabila berangkat kembali ke Yunani beberapa tahun kemudian, suaminya disalahkan sebahagian kerana negaranya tertewas dalam Perang Yunani-Turki (1919–1922), dan kerabat diraja tersebut sekali lagi dipaksa dibuang negeri sehingga pengembalian pemerintahan beraja Yunani pada tahun 1935.

Pada tahun 1930, baginda didiagnos dengan skizofrenia dan dimasukkan ke sanatorium di Switzerland; kemudian, baginda bersemayam berpisahan dengan suaminya. Selepas baginda pulih, baginda mengabdikan kebanyakan saki-baki hidupnya untuk kerja amal di Greece. Baginda bersemayam di Athens semasa Perang Dunia Kedua, memberi pelarian Yahudi perlindungan, oleh sebab itu baginda diiktiraf sebagai "Muhsin Dalam Kalangan Bangsa" oleh institusi peringatan Holokus Israel, Yad Vashem. Selepas perang, baginda bersemayam di Greece dan menunuhkan darjah jururawat Ortodoks Yunani biarawati dikenali sebagai Perkumpulan Agama Wanita Kristian Martha dan Mary.

Selepas jatuhnya Raja Constantine II dari Yunani dan Yunani dikenakan pemerintahan tentera pada tahun 1967, baginda dipersilakan oleh paduka puteranya dan paduka puteri menantunya untuk bersemayam bersama di Istana Buckingham di London, di mana baginda mangkat di sana dua tahun kemudian. Jasadnya dipindahkan dari makam di tempat keputeraannya, Istana Kota Windsor, ke biara Ortodoks Rusia, Gereja Mary Magdalene, di Bukit Zaitun di Baitulmaqdis pada tahun 1988.

Gelaran dan penghormatan

Gelaran

  • 25 Februari 1885 – 6 Oktober 1903: Yang Teramat Mulia (Her Serene Highness) Puteri Alice dari Battenberg[1]
  • 6 October 1903 – 5 December 1969: Yang Teramat Mulia (Her Royal Highness) Puteri Andrew dari Yunani dan Denmark[1]
  • Dari 1949 sehingga kemangkatannya, baginda kadangkala dikenali sebagai Ketua Biarawati (Mother Superior) Alice-Elizabeth[2]

Darjah

  • Templat:Country data Kerajaan Greece Dame Grand Cross of the Order of Saints Olga and Sophia[3]
  • United Kingdom Palang Merah Diraja (1913)
  • Sepanyol Dame of the Order of Queen Maria Luisa (9 April 1928)[4]

Selepas mangkat:

  • Israel Muhsin Dalam Kalangan Bangsa (1993)
  • United Kingdom Wira Holokus British (2010)

Anakanda

Nama Kelahiran Kemangkatan Perkahwinan Anakandanya
Tarikh Pasangan
Puteri Margarita 18 April 1905 24 April 1981 20 April 1931 Gottfried, Putera Hohenlohe-Langenburg
  • Kraft, Putera Hohenlohe-Langenburg
  • Puteri Beatrix dari Hohenlohe-Langenburg
  • Putera Georg dari Hohenlohe-Langenburg
  • Putera Rupprecht dari Hohenlohe-Langenburg
  • Putera Albrecht dari Hohenlohe-Langenburg
Puteri Theodora 30 Mei 1906 16 Oktober 1969 17 Ogos 1931 Berthold, Margrave Baden
  • Puteri Margarita dari Baden
  • Maximilian, Margrave Baden
  • Putera Ludwig dari Baden
Puteri Cecilie 22 Jun 1911 16 November 1937 2 Februari 1931 Georg Donatus, Waris Grand Duke Hesse
  • Putera Ludwig dari Hesse dan tepi Rhine
  • Putera Alexander dari Hesse dan tepi Rhine
  • Puteri Johanna dari Hesse dan tepi Rhine
Puteri Sophie 26 Jun 1914 24 November 2001 15 Disember 1930 Putera Christoph dari Hesse
  • Puteri Christina Margarethe dari Hesse
  • Puteri Dorothea dari Hesse
  • Putera Karl dari Hesse
  • Putera Rainer dari Hesse
  • Puteri Clarissa Alice dari Hesse
23 April 1946 Putera George William dari Hanover
  • Putera Welf Ernst dari Hanover
  • Putera Georg dari Hanover
  • Puteri Friederike dari Hanover
Putera Philip 10 Jun 1921 9 April 2021 20 November 1947 Ratu Elizabeth II

Keturunan

Keturunan Puteri Alice dari Battenberg
8. Louis II, Grand Duke Hesse dan tepi Rhine[7]
4. Putera Alexander dari Hesse dan tepi Rhine[5]
9. Puteri Wilhelmine dari Baden[7]
2. Putera Louis dari Battenberg
10. Count Hans Moritz Hauke[8]
5. Countess Julia Hauke[5]
11. Sophie Lafontaine[8]
1. Puteri Alice dari Battenberg
12. Putera Charles dari Hesse dan tepi Rhine[9]
6. Louis IV, Grand Duke Hesse dan tepi Rhine[6]
13. Puteri Elisabeth dari Prussia[9]
3. Puteri Victoria dari Hesse dan tepi Rhine
14. Putera Albert dari Saxe-Coburg and Gotha[6]
7. Puteri Alice dari United Kingdom[6]
15. Victoria, Ratu United Kingdom[6]

Nota kaki

  1. ^ a b Ruvigny, p. 71
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan nyt tidak disediakan
  3. ^ Montgomery-Massingberd, Hugh, penyunting (1977), Burke's Royal Families of the World, 1st edition, London: Burke's Peerage, m/s. 214, ISBN 0-85011-023-8 Unknown parameter |editorlink= ignored (bantuan)
  4. ^ "Real Orden de la Reina Maria Luisa: Damas extranjeras", Guía Oficial de España (dalam bahasa Sepanyol), Madrid: Sucesores de Rivadeneyra, 1930, m/s. 238
  5. ^ a b Battenberg family di Encyclopædia Britannica
  6. ^ a b c d Weir, Alison (1996), Britain's Royal Families: The Complete Genealogy (ed. Revised), London: Pimlico, m/s. 305–307, ISBN 0-7126-7448-9
  7. ^ a b Templat:NDB
  8. ^ a b Franz, E. G. (2005), Das Haus Hessen: Eine europäische Familie, Stuttgart: Kohlhammer Verlag, m/s. 164–170, ISBN 978-3-17-018919-5, OCLC 76873355
  9. ^ a b Templat:NDB

Rujukan

There is only one English-language biography of Princess Alice of Battenberg: the official biography written by Hugo Vickers.1

  • Bradford, Sarah (1989), King George VI, London: Weidenfeld and Nicolson, ISBN 0-297-79667-4
  • Clogg, Richard (1979), A Short History of Modern Greece, Cambridge: Cambridge University Press, ISBN 0-521-22479-9
  • Eilers, Marlene A. (1987), Queen Victoria's Descendants, Baltimore, Maryland: Genealogical Publishing Co.
  • Macmillan, Harold (1984), War Diaries, London: Macmillan, ISBN 0-333-39404-6
  • Ruvigny, Marquis of (1914), The Titled Nobility of Europe, London: Harrison and Sons
  • Van der Kiste, John (1994), Kings of the Hellenes, Stroud, Gloucestershire, England: Alan Sutton Publishing, ISBN 0-7509-0525-5
  • Vickers, Hugo (2000), Alice, Princess Andrew of Greece, London: Hamish Hamilton, ISBN 0-241-13686-5
  • Woodhouse, C. M. (1968), The Story of Modern Greece, London: Faber and Faber
  • Ziegler, Philip (1985), Mountbatten, London: Collins, ISBN 0-00-216543-0

1Library of Congress catalog and British Library catalog searched on 8 May 2009.

Pautan luar

  • Yad Vashem The Holocaust Martyrs' and Heroes' Remembrance Authority
  • Potret bagi Puteri Alice dari Battenberg di Galeri Potret Kebangsaan, London Sunting ini di Wikidata

Templat:Battenberg family Templat:Greek princesses by marriage Templat:Danish princesses by marriage Templat:Prince Philip, Duke of Edinburgh

Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Republik Czech
  • Yunani
Kamus biografi
  • Jerman
Lain-lain
  • Aplikasi Berfaset Terminologi Subjek

Kategory:Biarawati Ortodoks Timur Kategory:Muhsin Dalam Kalangan Bangsa Ortodoks Timur