Ribbit

Ribbit
PengarahChuck Powers, Mamat Khalid (versi Malaysia)
PenulisChuck Powers, Hamir Afizi
Dihasilkan olehShireen M. Hashim
DibintangiJohan
Awie
Elfira Loy
Aznil Nawawi
Izzue Islam
Disunting olehEzaisyirwan Basri
Muzik olehEdry Abdul Halim
Syarikat
penerbitan
Crest Animation Studios
Western Pictures
Diedarkan olehKRU Studios
Tarikh tayangan
  • 21 Jun 2014 (2014-06-21) (Festival Filem Bersepadu Niagara)
  • 4 September 2014 (2014-09-04) (Malaysia)
Masa tayangan
1 Jam 28 Minit
NegaraMalaysia Malaysia
BahasaInggeris
Melayu
BajetRM 10 juta [1]
Pecah panggungRM 4 juta (anggaran kasar)[2]

Ribbit ialah sebuah filem komedi animasi komputer dari Malaysia yang dihasilkan oleh KRU Studios & Crest Animation Studios. Ia diarahkan oleh Chuck Powers dan skrip ditulis bersama Hamir Afizi dan menampilkan lakon suara daripada bintang-bintang besar Hollywood seperti Sean Astin, Russell Peters, Tim Curry dan Cherami Leigh, diterbitkan oleh Shireen M. Hashim.[3][4]

Plot

Sepanjang hidupnya, Ribbit merasakan dirinya berbeza daripada semua katak lain. Untuk mencari tujuan dalam hidupnya, Ribbit memulakan perjalanan yang luar biasa melalui hutan hujan Amazon. Semasa perjalanan ini, Ribbit secara tidak sengaja dihipnotis supaya percaya bahawa dia adalah seorang putera manusia yang terperangkap dalam tubuh katak. Yakin bahawa dia kini memahami mengapa dirinya berbeza, Ribbit berangkat untuk mencari Puteri yang ciumannya akan menyelesaikan semua masalahnya. Disertai oleh sahabat baiknya, tupai betina bernama Sandy, Ribbit bertemu dengan pelbagai karakter yang unik dan berwarna-warni dalam kembaranya dalam kisah ini.

Watak

  • Sean Astin (Johan Raja Lawak untuk versi BM) sebagai Ribbit, seekor katak panah beracun dengan krisis identiti, protagonis utamanya
  • Russell Peters (Awie) sebagai Deepak (Kulup), seekor kelawar dengan jawapan kepada persoalan hidup
  • Tim Curry (Dato' Azil Haji Nawawi) sebagai Terrence (Mat Rompi), seekor toukan dengan bakat berwarna-warni
  • Cherami Leigh (Elfira Loy) sebagai Sandy (Siti), seekor tupai terbang betina yang merupakan kawan baik Ribbit
  • Elza Irdalynna sebagai Rafa dan Luciano, dua ekor anak harimau oselot
  • Amelia Henderson sebagai kakak Marcella, Rafa dan Luciano
  • Abigail Cole sebagai Bianca, bayi monyet lolong
  • Lydia Lubon sebagai Carla, ibu Bianca
  • Carey Van Driest sebagai Avelina, kakak Carla
  • Chuck Powers sebagai Datuk, Carla dan ayah Avelina
  • Sonny Franks sebagai Kai, seekor kaiman yang hidup di air terjun dan antagonis utamanya
  • Christina Orow sebagai Jojo, seekor manati
  • Sonny Franks (Munir Phyne Ballers) sebagai Ollie, pasangan Jojo
  • Kennie Dowle (Izzue Islam) sebagai labah-labah
  • Valentine Cawley (One Forteen) sebagai Witch Doctor (Dukun Istana)
  • Martin Dysart sebagai Inego
  • Dilly Shakir sebagai Callie, isteri Inego
  • Ali Astin (Noorisnainy Ali) sebagai Princess (Puteri), pemimpin masa depan suku Amazon

Muzik

Tema muzik utama filem ini adalah Magical Moment, sebuah duet oleh kumpulan R&B Amerika Az Yet dan Jaclyn Victor, juara Malaysian Idol. Lagu lain pada trek muzik adalah Destiny, yang dihasilkan oleh DJ Motiv8 dan disampaikan oleh SuPreme yang menampilkan Felice LaZae.

Keluaran

Filem ini telah dipersembahkan di Pesta Filem Cannes pada 2012 di peringkat projek.[5] Ia telah dikeluarkan secara teatrik di Malaysia pada 4 September 2014. Ia dikeluarkan di Amerika Syarikat dalam bentuk DVD pada 25 November 2014.

Rujukan

  1. ^ "Band boy done good" The Star Online Hariati Azizan Dicapai pada 24 April 2019.
  2. ^ "Wheely Laris, Filem Animasi Setanding Filem Antarabangsa" Media Hiburan, Wani Ariffin Dicapai pada 24 April 2019
  3. ^ [1] mStar Ribbit Selit Nilai Moral Dalam Humor Dicapai 24 April 2019.
  4. ^ https://variety.com/2014/film/asia/russell-peters-sean-astin-say-ribbit-to-malaysian-animation-1201137675/ Russell Peters Sean Astlin Say Ribbit To Malaysian Animation Dicapai 26 April 2019
  5. ^ Law, John. "Niagara Film Fest wraps up big first year", Niagara Falls Review, Niagara, 23 Jun 2014. Dicapai pada 24 April 2019.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Studio
penerbitan
Siri
televisyen
Filem
Campur
Agensi dan
pertubuhan