Boleh dilihat pada garis lintang antara +90° dan −60°. Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Disember.
sunting
Segi Tiga atau Triangulum (Tri) ialah sebuah buruj kecil di langit utara. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud "segi tiga", diperoleh daripada tiga buah bintang tercerahnya, yang membentuk sebuah segi tiga panjang dan sempit. Dikenali oleh orang Babilonia dan orang Yunani purba, TriangUlUm merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy. Ahli-ahli kartografi samawi Johann Bayer dan John Flamsteed mengkatalogkan bintang-bintang buruj ini, memberi enam daripadanya designasi Bayer.
Bintang-bintang putih Beta dan Gamma Trianguli, bermagnitud ketara sebanyak 3.00 dan 4.00, masing-masing, membentuk dasar segi tiga ini dan bintang kuning-putih Alpha Trianguli, bermagnitud 3.41, membentuk puncaknya. Iota Trianguli ialah satu sistem bintang kembar dua yang ketara, dan terdapat tiga sistem bintang dengan planet yang terletak dalam Triangulum. Buruj ini mengandungi beberapa buah galaksi, yang tercerah dan terdekat ialah [[Galaksi Segi Tiga] atau Messier 33—salah satu anggota Kumpulan Tempatan. Kuasar pertama yang pernah dicerap, 3C 48, juga terletak dalam lingkungan sempadan Triangulum.
Rujukan
^ abRalat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama boundary
Pautan luar
The Deep Photographic Guide to the Constellations: Triangulum (Inggeris)
Buruj Triangulum di Constellation Guide (Inggeris)