Sistem najam

Sistem najam atau sistem bintang merupakan suatu sistem yang terdiri daripada satu atau beberapa bintang dan biasanya sistem planet yang terbentuk akibat tarikan graviti. Antara sistem najam adalah sistem suria sendiri, yang terdiri dari Matahari dan jasad-jasad lain, termasuklah Bumi yang mengorbitnya.

Sistem perduaan

Sistem najam yang mempunyai dua bintang dikenali sebagai sistem dua bintang atau sistem perduaan. Sekiranya tiada kesan pasang surut, tiada gangguan dari luar, dan tiada pemindahan jisim antara dua bintang tersebut, sistem tersebut adalah stabil. Kedua-dua bintang akan mempunyai orbit elips dan mengelilingi pusat jisim yang terletak antara keduanya.

Sistem dengan lebih dari dua bintang

Contoh

Sistem Suria
  • Sistem suria (satu bintang)
  • Sirius (dua bintang)
  • Alpha Centauri (tiga bintang) [dipertikai - lihat Proxima Centauri]
  • 4 Centauri (empat bintang)
  • Mizar (lima bintang)
  • Castor (enam bintang)
  • Nu Scorpii (lima bintang)
  • Cygnus X-1 (satu bintang dan satu lohong hitam)

Lihat juga

  • Galaksi
  • Planet luar suria