Stesen Gaomidianbei

Stesen sebelumnya Kereta Api Bawah Tanah Beijing Stesen seterusnya
Xihongmen
menghala ke Anheqiaobei
Laluan Daxing Gaomidiannan
menghala ke Tiangongyuan
LokasiMap

Stesen Gaomidianbei (Bahasa Cina: 高米店北站code: zh is deprecated ; pinyin: Gāomǐdiàn Běi Zhàn) ialah sebuah stesen kereta api di Daxing, dalam kawasan perbandaran metropolitan Beijing, China. Stesen ini menyediakan perkhidmatan Kereta Api Bawah Tanah Beijing iaitu Laluan Daxing.[1]

Sejarah

Pembinaan Laluan Daxing telah dimulakan pada tahun 2007. Pada 30 Disember 2010, Stesen Gaomidianbei dan stesen di sepanjang Laluan Daxing telah dibuka kepada awam dan memulakan operasinya untuk berkhidmat di kawasan sekitar.[2]

Lokasi

Stesen Gaomidianbei terletak di bawah tanah persimpangan Jalan Xinning (Cina ringkas: 新宁街code: zh is deprecated ; pinyin: Xīnníng Jiē), Jalan Xinghua (Cina ringkas: 兴华大街code: zh is deprecated ; pinyin: Xīnghuá Dàjiē) dan Jalan Xiangyuan (Cina ringkas: 香园路code: zh is deprecated ; pinyin: Xiāngyuán Lù).[3][3][4] Stesen ini terletak di dalam kawasan pentabdiran Subdaerah Gaomidian, di daerah Daxing, China dan berkhidmat di sekitar kawasan petempatan Fengjingcuiyuan (风景翠园), Yuhuayuan Erli (郁花园二里), Yuhuayuan Yili (御花园一里), Jinhuiyuan Sanli (金惠园三里), Qingdao Jiayuan (青岛嘉园), Yuhuayuan Sanli (御花园三里), dan Komuniti Taman Shuanggao (双高花园小区).[3]

Perkhidmatan

Pelan stesen

G Aras Jalan Pintu masuk/keluar A-D, hentian bas dan teksi
B1 Aras Legar Pusat khidmat pelanggan, mesin tiket, pagar tambang, tandas, kiosk mesin juruwang automatik (ATM), mesin layan diri, pondok bit polis Akses OKU
B2 Platform
Arah Utara
 Daxing  menuju ke Anheqiaobei (Laluan 4) (Xihongmen)
Platform pulau, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri/kanan Akses OKU
Platform
Arah Selatan
 Daxing  menuju ke Tiangongyuan (Gaomidiannan)

Dalaman stesen

Aras legar stesen Gaomidianbei terletak di aras bawah tanah, di simpang tiga Jalan Xinning, Jalan Xinghua dan Jalan Xiangyuan. Bahagian aras legar di utara menyediakan akses ke pintu keluar A, B1 dan B2 manakala bahagian aras legar di selatan, terdapat akses ke pintu keluar D sahaja. Mesin tiket layan diri disediakan di bahagian utara dan selatan aras legar stesen manakala pusat perkhidmatan pelanggan berpusat di tengah-tengah aras legar. Bagi keselamatan pengguna, terdapat bilik kawalan stesen dan pondok bit polis yang terletak di aras legar utara berdekatan dengan pintu keluar A, B1 dan B2. Stesen Gaomidianbei juga dilengkapi dengan kemudahan tandas, mesin layan diri makanan dan minuman, kaunter mesin juruwang automatik (ATM) seperti ICBC, dan PSBC, dan peralatan panggilan kecemasan di bilik kawalan.[5]

Stesen Gaomidianbei mempunyai dua platform untuk perkhidmatan Laluan Daxing dalam Sistem Kereta Api Bawah Tanah Beijing yang menuju ke terminus Anheqiaobei dan Tiangongyuan, dengan susunan platform tengah.[5]

Pintu capaian

Empat pintu stesen yang dibina di stesen Gaomidianbei, pintu A, B1, B2 dan D. Pintu A mempunyai landasan landai yang sesuai untuk orang kurang upaya (OKU).[3][5]

Pintu Lokasi Destinasi berdekatan Kemudahan Gambar
A Jalan Xinning
(新宁街)
Rumah Agam Jasmine, Taman Ekologikal Xihongmen Lif untuk OKU
B1 Jalan Xinning
(新宁街)
Yuhuayuan Erli, Yuhuayuan Yili, Jalan Xingfeng
B2 Jalan Xinning
(新宁街)
Vissen International Center, Tadika Daerah Daxing Beijing No. 7
D Jalan Xiangyuan
(香园路)
Jalan Xinghua, Jalan Xinghe, Bangunan China Unicom

Sambungan

Apabila stesen Gaomidianbei dibuka, ia disambungkan dengan beberapa laluan bas:[5]

  • Beijing Public Transport Group: 631
  • Beijing Bafangda Passenger Transport: 937
  • Daxing Bus: 兴12, 兴34, 兴53, 兴66, 兴82

Rujukan

  1. ^ "Beijing Rail Transit Lines Map" [Peta Laluan Transit Kereta Api Beijing]. Kereta Api Bawah Tanah Beijing (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 15 Januari 2023.
  2. ^ "大兴线亦庄线2010年开通4号线明年通车运营" [Laluan Daxing dan Laluan Yizhuang dibuka 2010, Laluan 4 dibuka tahun depan] (dalam bahasa Cina). 11 Disember 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Disember 2008. Dicapai pada 4 Ogos 2009.
  3. ^ a b c d "Around the Station – Gaomidianbei – Beijing MTR" [Di sekitar Stesen – Gaomidianbei – Beijing MTR]. Beijing MTR (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.
  4. ^ "轨道交通大兴线规划方案公告" [Notis Pelan dan Skim untuk laluan kereta api iaitu Laluan Daxing] (dalam bahasa Cina). 北京市规划委员会 (Beijing Municipal Commission of Planning and Natural Resources). 2009-10-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-27. Dicapai pada 2010-11-27.
  5. ^ a b c d "Facility – Gaomidian Bei (N) – Beijing MTR" [Infrastruktur – Gaomidian Bei (U) – Beijing MTR]. Beijing MTR (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Stesen Gaomidianbei di Wikimedia Commons
  • l
  • b
  • s
Laluan 4
Laluan Daxing
Laluan 10
  • Bagou
  • Suzhoujie
  • Haidian Huangzhuang
  • Zhichunli
  • Zhichun Lu
  • Xitucheng
  • Mudanyuan
  • Jiandemen
  • Beitucheng
  • Anzhenmen
  • Huixinxijie Nankou
  • Shaoyaoju
  • Taiyanggong
  • Sanyuanqiao
  • Liangmaqiao
  • Nongye Zhanlanguan
  • Tuanjiehu
  • Hujialou
  • Jintai Xizhao
  • Guomao
  • Shuangjing
  • Jingsong
  • Panjiayuan
  • Shilihe
  • Fenzhongsi
  • Chengshousi
  • Songjiazhuang
  • Shiliuzhuang
  • Dahongmen
  • Jiaomendong
  • Jiaomenxi
  • Caoqiao
  • Jijiamiao
  • Shoujingmao
  • Fengtai
  • Niwa
  • Xiju
  • Liuliqiao
  • Lianhuaqiao
  • Gongzhufen
  • Xidiaoyutai
  • Cishousi
  • Chedaogou
  • Changchunqiao
  • Huoqiying