Tengku Anis

Tengku Anis
Yang Maha Mulia Raja Perempuan
Raja Perempuan
Tempoh pemerintahan13 September 2010 – kini
PendahuluRaja Perempuan Zainab II
Menteri Besar
Lihat senarai
Raja Perempuan Kelantan
Tempoh pemerintahan30 Mac 1979 – 13 September 2010
Kemahkotaan30 Mac 1980
PendahuluRaja Perempuan Zainab II
PenggantiSultanah Nur Diana Petra (sebagai Sultanah)
Menteri Besar
Lihat senarai
Tengku Ampuan Mahkota Kelantan
Tempoh pemerintahan1 Januari 1969 – 30 Mac 1979
Pelantikan1 Januari 1969
PendahuluTengku Zainab
PenggantiTengku Zubaidah
Menteri Besar
Lihat senarai
KeputeraanTengku Anis binti Tengku Abdul Hamid
(1949-01-06) 6 Januari 1949 (umur 75)
Palm Manor, Kota Bharu, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganSultan Ismail Petra (k. 1968; m. 2019)
AnakandaTengku Muhammad Faris Petra
Tengku Muhammad Faiz Petra
Tengku Muhammad Fakhry Petra
Tengku Amalin A’ishah Putri
Nama diraja
Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid
KerabatKerabat Diraja Kelantan
AyahandaTengku Abdul Hamid Bin Tengku Muda Sulong Abdul Putra
BondaTengku Azizah Binti Tengku Sri Maharaja Tengku Mohd Hamzah
AgamaIslam
Kerabat D'Raja
Kelantan

KDYMM Sultan
DYMM Sultanah

YMM Raja Perempuan Tengku Anis

YAM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra
YBhg. Che Puan Sofie Louise Johansson Petra

YTM Tengku Mahkota

YAM Tengku Maharani Putri
YAM Tengku Sri Utama Raja

  • YM Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah Putri
  • YM Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Putri
  • YM Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Putri
  • YM Pengiran Anak Tengku Abdul Muhaimin Bolkiah Petra

YBM Tengku Laksamana
YAM Tengku Puan Laksamana

  • YM Tengku Ariez Hazaril
    YM Tunku Dayang Adelene Bahjah
  • YM Tengku Adyl Hazraque
    Cik Shirena Hamzah
  • YM Datin Tengku Aressa Helanie
    YDM Dato' Syed Budriz Putra Jamalullail, Engku Maharaja Lela Setia Paduka Selangor
    • YM Syed Aqil Harryth Jamalullail
    • YM Sharifah Allyssa Hanis

YBM Tengku Temenggong
YM Tengku Puan Temenggong

  • YM Tengku Nur Qistina Petri
  • YM Tengku Abdul Rahman Petra
    Cik Miera Leydia
  • YM Tengku Yahya Aziz Petra
YM Tengku Sri Kelana D’Raja
YBM Tengku Kaya Perkasa
YM Tengku Keso’ma Mastika
  • l
  • b
  • s

Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid (diputerakan pada 6 Januari 1949 di Palm Manor, Kota Bharu, Kelantan) merupakan mantan Raja Perempuan Kelantan. Baginda adalah permaisuri (isteri) kepada Sultan Kelantan ke-28, Almarhum Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra daripada perkahwinan mereka pada tahun 1968 sehingga kemangkatannya pada tahun 2019.

Kehidupan awal

Tengku Anis diputerakan pada 6 Januari 1949 di kediaman nenda baginda di Palm Manor, Kota Bharu, Kelantan. Baginda merupakan kerabat diraja Kelantan dari sebelah bonda dan juga Pattani dari sebelah ayahanda. Merupakan puteri ketiga kepada Almarhum Tengku Abdul Hamid Bin Almarhum Tengku Muda dan Almarhumah Tengku Azizah Binti Almarhum Tengku Sri Maharaja Tengku Mohd Hamzah. Nenda baginda iaitu Tengku Mohd Hamzah merupakan bekas Menteri Besar Kelantan yang lebih dikenali dengan gelaran Tengku Sri Maharaja. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Inggeris Zainab dan mendapat kelulusan Senior Cambridge dan lulus Sijil Persekolahan Malaysia. Baginda mendapat didikan agama daripada guru agama yang dibawa ke kediaman baginda. Baginda dianugerahkan dengan Ijazah Doktor Falsafah Kehormat dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Ramkhamhaeng, Thailand pada 26 Februari 2005.

Perkahwinan dan Anakanda

Tengku Anis melangsungkan perkahwinan dengan DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 4 Disember 1968 ketika Baginda berdua berusia 19 tahun. Adat istiadat perkahwinan baginda berdua diadakan di Istana Kota Lama. Baginda berdua dikurniakan 3 orang putera dan seorang puteri. Putera sulung baginda, Tengku Muhammad Faris Petra atau Sultan Muhammad V menjadi Sultan Kelantan setelah suami baginda jatuh gering. Putera kedua dan ketiga baginda ialah Tengku Muhammad Faiz Petra dan Tengku Muhammad Fakhry Petra (Tengku Mahkota Kelantan). Satu-satunya puteri baginda, Tengku Amalin A’ishah Putri (Tengku Maharani Putri) merupakan majistret wanita pertama di Kelantan.

Gelaran Diraja

Tengku Anis dianugerahkan gelaran YTM Tengku Ampuan Mahkota Kelantan pada 1 Januari 1969 oleh paduka ayahanda mentua baginda KDYMM Almarhum Sultan Yahya Petra di Istana Balai Besar, Kota Bharu. Baginda dimahkotakan menjadi DYMM Raja Perempuan Kelantan pada 30 Mac 1980 apabila paduka suami baginda DYMM Almarhum Sultan Ismail Petra menjadi KDYMM Sultan Kelantan ke-28. Baginda bergelar Raja Perempuan Kelantan selama 30 tahun sebelum turun takhta disebabkan oleh kegeringan paduka suami baginda pada tahun 2010. Pada 13 September 2010, Paduka anakanda baginda KDYMM Sultan Muhammad V telah dimashyurkan selaku Sultan Kelantan yang baharu. Tengku Anis dikurniakan gelaran Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis oleh paduka anakanda baginda.

Penaung

Tengku Anis merupakan penaung persatuan diraja dan pertubuhan kebajikan bagi beberapa organisasi, antaranya:[1]

  • Pengasas Rumah Anak Yatim Darul Aitam
  • Pengasas Tadika Tengku Anis
  • Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan
  • Yayasan Kraftangan Kelantan
  • Yayasan Pesakit Jantung Kelantan

Panggilan dan gelaran

Gelaran hormat bagi
Tengku Anis
Gaya panggilan Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Yang Maha Mulia
Gaya pilihan Tuanku
  • 6 Januari 1949 - 1960: Yang Mulia Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid
  • 1960 - 4 Disember 1968: Yang Mulia Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid
  • 4 Disember 1968 - 1 Januari 1969: Yang Amat Mulia Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid
  • 1 Januari 1969 - 30 Mac 1979: Yang Teramat Mulia Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid, Tengku Ampuan Mahkota Kelantan
  • 30 Mac 1979 - 13 September 2010: Duli Yang Maha Mulia Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid, Raja Perempuan Kelantan
  • 13 September 2010 – Kini: Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid

Penghargaan

Baginda telah dianugerahkan:[2]

Penghargaan Kelantan

  • Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) atau Bintang Al-Yunusi
  • Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) atau Bintang Al-Muhammadi I

Penghargaan Malaysia dan negeri-negeri lain

  •  Kedah :
    • Ahli Darjah Kerabat Diraja Kedah (DK)
  •  Negeri Sembilan :
    • Ahli Darjah Kerabat Diraja Negeri Sembilan (DKNS)
  •  Perlis :
    • Darjah Kerabat Baginda Tuanku Syed Putra Jamalullail (DK)
    • Darjah Kebesaran Mahkota Perlis Yang Amat Mulia atau Bintang Safi (SPMP)
  •  Johor :
    • Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I)
  •  Selangor :
    • Darjah Kerabat Selangor Kedua (DK II)

Penghargaan luar negara

  •  Brunei :
    • Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (DK I)

Ijazah kehormat

Keturunan

Keturunan Tengku Anis
32. Raja Nik Yusuf (Raja Tok Ki), Raja Jering dan Patani
16. Raja Nik Mat, Raja Jering Phraya Phipit Sinamat
8. Raja Tengku Wok, Raja Jering Phra Bibidapakdi
4. Tengku Muda Sulong Abdul Putra Nai Manoph Phiphithphakdi
9. Che Penarek
2. Tengku Abdul Hamid
40. Raja Tengku Jalaludin (Nik Lebai), Raja Saiburi
20. Raja Tengku Abdul Kadir (Nik Kalpit), Raja Saiburi Phra Suria Suthin Phakdi
10. Tengku Ngah Saiburi
5. Tengku Umm Kalthum (Ku Som)
44. Long Puteh, Raja Patani Phraya Pattani II
22. Tengku Besar (Tuan Timun), Raja Patani Phraya Pattani III
11. Tengku Tengah
23. Che Mek Che Puteh
1. Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis
48. Sultan Ahmad, Sultan Kelantan
24. Sultan Muhammad III, Sultan Kelantan
12. Raja Dewa Tengku Long Zainal Abidin
6. Tengku Sri Maharaja Tengku Muhammad Hamzah
52. Raja Muda Penambang Tuan Bongsu Bachok
26. Tengku Panglima Raja Penambang Tengku Chik
13. Tengku Ngah
54. Nik Mat (Panglima Tosor) Bin Wan Ku Sulaiman
27. Ku Mek
3. Tengku Hajjah Azizah
14. Ismail
7. Hajjah Nik Zainab
15. Wan Embong

Rujukan

  1. ^ [1]
  2. ^ The Royal Ark, Kelantan genealogical details, p.8
  3. ^ [2]
  4. ^ [3]