Tuanku Muhriz

توانكو محرزcode: ms is deprecated Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Yang di-Pertuan Besar Negeri SembilanPemerintahan29 Disember 2008 – kiniPertabalan26 Oktober 2009Pemasyhuran29 Disember 2008Didahului olehTuanku Ja’afarPewaris takhtaPutera Yang EmpatTunku Besar Seri MenantiTempoh1961 – 2008Didahului olehTunku Besar BurhanuddinDiikuti olehTunku Ali RedhauddinCanselor ke-3
Universiti Kebangsaan MalaysiaTempoh2009 - kiniDidahului olehTuanku Ja'afar
Keputeraan (1948-01-14) 14 Januari 1948 (umur 76) (umur 76 tahun, 4 bulan dan 15 hari)
Kuala Pilah, Negeri SembilanPasanganTuanku Aishah Rohani (k. 1974)Anakanda
1) Tunku Ali Redhauddin 2) Tunku Zain Al-‘Abidin 3) Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin (mangkat 15 Januari 2016)
Nama penuh
Tunku Muhriz ibni Tunku Munawir
Nama diraja
Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
DinastiPagar RuyungAyahandaTuanku MunawirBondaTunku Ampuan DurahAgamaSunni IslamKerjaya ketenteraanKesetiaan MalaysiaPerkhidmatan Rejimen Semboyan Diraja
Kor Jurutera Letrik dan Jentera DirajaPangkat Kolonel Yang DiPertua
Daripada keturunan leluhur Yamtuan Radin ibni Raja Lenggang.
Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Muhriz,
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11
  • YAM Tunku Naquiah, Tunku Dara
    YM Tunku Mudzaffar, Tunku Kecil Besar
    • YM Tunku Nadzimuddin
      YBhg. Che Puan Sarimah Ibrahim
      • YM Tunku Sofia Najihah
    • YM Tunku Miratun Madihah
      YBhg. Dato' James Iskandar Jaafar-Greaves
      • Putera Ryan
      • Puteri Tahlia
    • YM Tunku Nasaifuddin
      YBhg. Che Puan Claire Rania Moore Abdullah
      • YM Tunku Arthur Idris
      • YM Tunku Gabriella Amiera
    • YM Tunku Nasruan Adil
  • YAM Tunku Naquiyuddin, Tunku Laksamana
    YAM Tunku Nurul Hayati Tunku Bahador, Tunku Puan Muda
    • Tunku Mohammad Alauddin Naquiyuddin
      Putri Badrinise Alauddin
      • Tunku Alayna Putri
    • Tunku Alia Nadira Naquiyuddin
      Lorance Cheikh El Haddadin
    • Tunku Nadia Sahiya Naquiyuddin
    • Tunku Khairul Zaim Naquiyuddin
  • YAM Tunku Imran, Tunku Muda Serting
    YM Che’ Engku Mahirah Abdullah
    • Tunku Abdul Rahman Aminullah
    • Tunku Khairil Imran
    • Tunku Tarrant
  • YAM Tunku Jawahir, Tunku Puteri
    YAM Tengku Azlan Sultan Abu Bakar
    • Tengku Asra Jehan Juzailah Tengku Azlan
    • Tengku Aslahuddin Jaafar Tengku Azlan
      Raja Heidi
      • Tengku Muhammad Ayden Saladin
    • Tengku A'zran Tengku Azlan
  • YAM Tunku Irinah, Tengku Puan Panglima Raja Selangor
    YAM Tengku Ahmad Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Tengku Panglima Raja Selangor
    • Tengku Alam Shah Amiruddin
    • Tengku Alana Iman Shahirah
  • YAM Tunku Nadzaruddin, Tunku Panglima Besar
    Tunku Mimi Wahida Tunku Abdullah Wahman
    • Tunku Muhammad Hazim Shah Raden
    • Tunku Muhammad Mish’al Raden
    • Tunku Ines Najiha Raden
  • YAM Tunku Anne Dakhlah
    YBhg. Dato' Abdul Malek Sheikh Abdullah
    • Siti Mazeera
      Encik Shazmi Izzam
    • Siti Mazlina
    • Siti Mazlynda
  • YAM Tunku Deborah
    YBhg. Dato' Ahmad Fuad Abdul Rahman
  • YAM Tunku Deannah
    YM Tengku Amran Tengku Muhammad Yusuf
    • Tengku Amera Nafisah
    • Tengku Nadia Azrina
    • Tengku Dahira Azirah
Sedang dikemas kini
Sedang dikemas kini
Kerabat Yamtuan Imam
Sedang dikemas kini
Sedang dikemas kini
  • l
  • b
  • s

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir (Jawi: توانكو محرز ابن المرحوم توانكو مناور) diputerakan pada 14 Januari 1948. Baginda ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11. Baginda merupakan satu-satunya putera daripada enam orang adik-beradik kepada pasangan Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-9 dan pasangan baginda, Tunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.

Kehidupan peribadi

Tuanku Muhriz diputerakan pada 14 Januari 1948 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Kekanda dan adindanya yang lain ialah :

  • Tunku Puteri, Tunku Umpa Munawirah (diputerakan pada 16 Jun 1943 dan mangkat pada 9 Oktober 1991)
  • Tunku Mudziah (diputerakan pada 22 Ogos 1944 dan mangkat pada 14 September 2004)
  • Tunku Anne Dakhlah (diputerakan pada 29 Ogos 1951)
  • Tunku Deborah (diputerakan pada 8 Mac 1953)
  • Tunku Deannah (diputerakan pada 22 November 1954 dan mangkat pada 9 November 2017)

Pendidikan ڤنديديقن

Baginda mendapat pendidikan rendah & menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad di Kuala Pilah. Kemudian di Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, Tampin dan Sekolah Menengah King George V di Seremban dan meneruskan pelajaran baginda di Aldenhem School, United Kingdom. Baginda memperoleh Ijazah Undang-undang dari Kolej Universiti Wales, Aberystwyth, Britain.

Kerjaya كرجاي

Baginda menjadi ahli perniagaan serta Pengarah Bangkok Bank Berhad.

Istiadat pertunangan diraja ايستيعادة ڤرتوناعن دراج

Pada 16 Februari 1973, pertunangan diraja antara Tunku Besar Seri Menanti Tunku Muhriz, 25 tahun dengan Tengku Aishah Rohani, 21 tahun berlangsung pada pukul 4:30 petang di Istana Terengganu, Jalan Pekeliling.

Tunku Muhriz ialah seorang pegawai tadbir di Bank Rakyat dan bakal isterinya, Tengku Aishah Rohani ialah seorang kerani jurukira di sebuah bank tempatan.

Ketika ditemui, Tengku Aishah memberitahu bahawa Tunku Muhriz yang bakal jadi suaminya itu adalah pilihan hatinya berdasarkan suka sama suka.

Istiadat perkahwinan diraja ايستيعادة ڤركهوينن دراج

Pada 25 April 1974 bersamaan 2 Rabiul Akhir 1394 Hijrah, Tuanku Muhriz kemudiannya mengahwini Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dari Terengganu ketika berusia 26 tahun. Istiadat perkahwinan baginda berdua diadakan di Istana Maziah, Kuala Terengganu disaksikan oleh bonda Tunku Muhriz, Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Durah serta kerabat diraja Negeri Sembilan dan Terengganu.

Pada 4 Mei 1974, Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Durah mengadakan Istiadat Menyambut Keberangkatan Balik Pengantin Diraja yang diadakan di Istana Lama Seri Menanti. Baginda berdua bersanding di atas singgahsana lama Istana Lama Seri Menanti.

Kerabat diraja كرابت دراج

Hasil perkahwinan dengan Tengku Aishah Rohani, baginda berdua memperoleh tiga orang putera iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin, Tunku Zain Al-'Abidin dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin.

Tunku Besar Seri Menanti تونكو بسر سري مننتي

Dilantik sebagai Tunku Besar Seri Menanti pada 1961, Tunku Muhriz dipilih oleh Majlis Undang berikutan kemangkatan ayahanda baginda. Perlembagaan Negeri Sembilan menyatakan bahawa penggantian takhta adalah mengikut anakanda lelaki, cucunda lelaki, adinda lelaki dan anak kepada adinda lelaki kepada pemerintah itu. Tunku Muhriz merupakan waris pertama selepas kemangkatan Tuanku Munawir, lalu diikuti oleh Tuanku Ja’afar dan Tunku Abdullah. Walau bagaimanapun, baginda tidak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar ketika itu tetapi ayahanda saudaranya, Tuanku Ja’afar yang untuk satu penggal iaitu 5 tahun ketika itu seorang diplomat, telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar yang ke-10. Pemilihan ini secara tidak langsung dicadangkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman, yang meminta supaya Tuanku Muhriz tidak dipilih kerana masih terlalu muda iaitu ketika itu berusia lapan belas tahun.

Istiadat pemasyhuran ايستيعادة ڤماشهوران

Kesemua Undang Yang Empat bersidang di Dewan Keadilan dan memutuskan pemasyhuran Tuanku Muhriz sebagai pengganti Almarhum Tuanku Ja’afar. Kemudian tembakan meriam 32 das dan 21 das lagi menandakan pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baru. Semua Undang Yang Empat menghadap Tuanku Muhriz dan Mubarak menyampaikan persembahan Mas Manah. Seterusnya Mufti negeri, Datuk Murtadza Sheikh Ahmad membacakan doa kesyukuran.

Baginda hadir dalam Istiadat Pemakaman Diraja iaitu membawa jenazah Almarhum Tuanku Ja’afar dari Pelambar di Istana Besar Seri Menanti ke Makam Diraja Seri Menanti bersebelahan Masjid Tuanku Munawir diiringi 86 das tembakan meriam.

Yang di-Pertuan Besar يڠ دي-ڤرتوان بسر

Tuanku Muhriz akhirnya dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 29 Disember 2008 di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Istiadat pemasyhuran itu dilakukan oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak mengikut Adat Perpatih yang dibawa dari Pagar Ruyung, Sumatera, Indonesia.

Duta AS Kamala Lakhdir membuat kunjungan hormat ke atas Tuanku Muhriz

Pemilihan pengganti dibuat antara Putera Yang Empat iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Muhriz Ibni Tuanku Munawir, Tunku Laksamana Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Ibni Tuanku Ja'afar dan Tuanku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Ibni Tuanku Ja'afar. Tunku Naquiyuddin pernah menjadi pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Tunku Imran dan Tunku Nadzaruddin turut dipertimbangkan sebagai calon Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.

Turut hadir ialah kesemua putera Almarhum Tuanku Ja’afar, Tunku Laksamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar; Tunku Muda Serting, Tunku Imran Tuanku Ja’afar; dan Tunku Panglima Besar, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar, Undang Luak Jelebu, Datuk Musa Wahab; Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman; dan Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abdul Gani. Lain-lain ialah Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al Qadri; kerabat diraja Negeri Sembilan; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta pemimpin negeri.

Canselor UKM

Selepas kemangkatan Tuanku Ja'afar, DYMM Tuanku Muhriz dilantik sebagai Canselor UKM pada 2009.

Kolonel Yang DiPertua

DYMM Tuanku Mukhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah Kolonel Yang DiPertua Rejimen Semboyan Diraja (RSD) dan Kolonel Yang DiPertua Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD).[1]

Terasul dan gelaran تراسول دان ڬلرن

Gelaran hormat bagi
Tuanku Muhriz
Gaya panggilan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pilihan Tuanku
  • 14 Januari 1948 - 4 April 1960 : Yang Mulia Tunku Muhriz ibni Tunku Laksamana Munawir
  • 5 April 1960 - 5 Julai 1961 : Yang Amat Mulia Tunku Muhriz ibni Tuanku Munawir
  • 6 Julai 1961 - 14 April 1967 : Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Muhriz ibni Tuanku Munawir
  • 15 April 1967 - 28 Disember 2008 : Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir'
  • 29 Disember 2008 - kini : Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir

Gelaran penuh baginda ialah :

Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, D.K., D.M.N., D.K.(Perak), D.K.(Perlis), D.K.(Selangor), D.K.(Kedah), D.K.(Kelantan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.Y.R., P.P.T.

Penghargaan ڤعهرڠان

Negeri Sembilan

Baginda telah dianugerahkan:

Malaysia

Keturunan كتورونن

Keturunan Tuanku Muhriz
16. Yamtuan Antah (= 12, 22)
8. DYMM Tuanku Muhammad
17. Encik Puan Besar Cik Halimah binti Uggoh Majid (= 13, 23)
4. DYMM Tuanku Abdul Rahman
18. Tunku Muda Chik Aminullah ibni Tuanku Nasiruddin
9. Tuanku Ampuan Tunku Halijah
19. Tunku Jindai binti Tuanku Raja Imam
2. DYMM Tuanku Munawir
20. Yamtuan Tuanku Abdullah ibni Tuanku Nasiruddin
10. YM Tunku Membang
21. Inche’ Puan Labu
5. YAM Tuanku Ampuan Maharunnisa
22. Yamtuan Antah (= 12, 16)
11. YAM Tunku Aisha
23. Encik Puan Besar Cik Halimah binti Uggoh Majid (= 13, 17)
1. DYMM Tuanku Muhriz
24. Tuanku Nasiruddin ibni Tuanku Raja Ali
12. Yamtuan Antah (= 16, 22)
25. Tunku Intan binti Tunku Husain
6. Tunku Besar Burhanuddin
26. Uggoh Majid dari suku Batu Hampar
13. Encik Puan Besar Cik Halimah (= 17, 23)
27. Tunku Tia
3. DYMM Tuanku Ampuan Durah
28. Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Mushin
14. Sayyid Abdul Hamid
7. Tunku Sharifa Alawiya
30. Tunku Daud ibni Tunku Nasiruddin
15. Tunku Ambong Bahiya

Rujukan رجوكن

  • "Tunku Muhriz Is Proclaimed New Yang Dipertuan Besar Of NS". BERNAMA. 2008-12-29. Dicapai pada 2008-12-29.
  1. ^ "Kolonel Yang DiPertua Rejimen Dan Kor". Warisan Permaisuri. 22 Julai 2016.
  2. ^ a b c d e List of Malaysian rulers with mentions of orders received


Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
Kerabat diraja Negeri Sembilan
Tarikh keputeraan: 14 Januari 1948
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Tuanku Ja’afar
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
1957 – 1960
Pemegang jawatan kini