480 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
  • abad ke-6 SM
  • abad ke-5 SM
  • abad ke-4 SM
Dekad:
  • 50-an SM
  • 49-an SM
  • 48-an SM
  • 47-an SM
  • 46-an SM
Tahun:
  • 483 SM
  • 482 SM
  • 481 SM
  • 480 SM
  • 479 SM
  • 478 SM
  • 477 SM


Peristiwa

Mengikut tempat

Yunani

  • Mei - Tentera Raja Xerxes I dari Parsi bergerak dari Sardis masuk ke Thrace dan Macedon.
  • 11 Ogos - Perang Thermopylae berakhir dengan kemenangan tentera Parsi di bawah Xerxes. Askar-askarnya sebanyak hampir 200,000 orang menewaskan seangkatan tentera yang terdiri daripada hanya 300 orang askar Sparta dan 700 orang askar Thespiae di bawah Leonidas I, raja Sparta. Tentera Yunani di bawah Leonidas melawan kemaraan angkatan tentera Xerxes yang amat besar merentasi Thermopylae. Selama dua hari, Leonidas dapat bertahan daripada serangan-serangan Parsi; baginda kemudian memerintah kebanyakan askarnya untuk berundur, dan baginda bersama 300 orang pengawal diraja melawan hingga tidak seorang pun yang tinggal.
  • Pausanias, seorang ahli keluarga diraja Agiad yang adalah putera kepada Raja Cleombrotus I serta anak saudara kepada Raja Leonidas, menjadi pemangku raja untuk Pleistarchus, putera kepada Leonida, selepas pembunuhan Leonidas I di Thermopylae.
  • Phocis dan pantai-pantai Euboea dimusnahkan oleh tentera Parsi. Thebes dan kebanyakan Boeotia menyertai Xerxes.
  • Raja Alexander I dari Macedon terpaksa mengiringi Xerxes I dalam kempen ketenteraannya merentasi Yunani, walaupun baginda secara rahsia membantu sekutu-sekutu Yunani. Dengan persetujuan Xerxes, Alexander merampas tanah jajahan Yunani di Pydna dan meluaskan kawasannya ke arah timur sehingga Strymon, dan mengambil Crestonia dan Bisaltia, termasuk mendapan-mendapan perak yang kaya di Gunung Dysorus.
  • Aristides, askar dan negarawan Athens, bersama dengan Xanthippus, bekas arkon Athens, kembali daripada buangan di Aegina untuk berkhidmat di bawah Themistocles terhadap tentera Parsi.
  • Ogos - Pertempuran Artemisium - Angkatan tentera laut Parsi mencapai satu kemenangan terhadap tentera Yunani dalam pertempuran dekat Artemisium, sebuah tanjung tinggi di pantai utara Euboea. Armada Yunani dapat bertahan daripada serangan-serangan Parsi selama tiga hari tetapi berundur ke selatan apabila mendapat berita tentang kekalahan di Thermopylae.
  • Merempuh genting di Thermopylae dari Macedon masuk ke Yunani, tentera Parsi menduduki Attica.
  • 21 September - Penduduk-penduduk Athens melarikan diri ke Salamis dan Peloponnesus, apabila askar-askar Parsi menjarah kota itu.
  • 28 September - Pertempuran Salamis membawa kemenangan kepada Yunani apabila jeneral Athensnya, Themistocles, mengumpan angkatan tentera laut Parsi supaya masuk ke Teluk Salamis yang terletak di antara kota pelabuhan Athens di Piraeus dan pulau Salamis. Kapal-kapal perang Yunani (trirem) kemudian menyerang dengan ganas dengan menghentam atau menenggelamkan banyak kapal Parsi, serta menaiki yang lain. Tentera Yunani menenggelamkan hampir 200 buah kapal Parsi, manakala armadanya hanya hilang lebih kurang 40 buah kapal sahaja. Kapal-kapal Parsi yang lain terselerak dan oleh itu, Xerxes terpaksa menangguhkan rancangan serangan daratannya selama setahun. Penangguhan tersebut memberi masa kepada negara-negara kota Yunani untuk bersatu menentangnya.
  • Sebuah gerhana suria tidak menggalakkan tentera Yunani menggunakan kesempatan yang diwujudkan oleh kemenangannya di Salamis. Xerxes kembali ke Parsi, dan meninggalkan seangkatan tentera di bawah Mardonius yang menghabiskan musim sejuk mereka di Thessaly.

Republik Rom

  • Askar-askar Rom bergerak terhadap tentera Veii.

Sicily

  • Xerxes menggalakkan tentera Carthage supaya menyerang tentera Yunani di Sicily. Di bawah ketua tenteranya, Hamilcar, Carthage menurunkan seangkatan tentera yang besar.
  • Kota Yunani di Himera, Sicily, mendapatkan bantuan Carthage dalam pertikaiannya dengan Acragas. Dengan bantuan Gelon, penzalim Syracuse, serta Theron dari Acragas, tentera Carthage ditewaskan dalam Pertempuran Himera. Selepas kekalahannya itu, Hamilcar membunuh diri.

Mengikut topik

Seni

  • Zaman kuno seni arca di Yunani berakhir, dan disusuli oleh zaman peralihan (Klasik Awal) (tarikh anggaran).

Kelahiran

  • Euripides, penulis drama Yunani (maut 406 SM).
  • Antiphon, pemidato Attica (maut 411 SM).
  • Philolaus, ahli matematik dan falsafah Yunani (maut k.k. 405 SM).

Kematian