Bota

Koordinat: 4°21′N 100°52′E / 4.350°N 100.867°E / 4.350; 100.867

Bota is located in Bumi
Bota
Bota (Bumi)
Koordinat: 4°21′N 100°52′E / 4.350°N 100.867°E / 4.350; 100.867Negara MalaysiaNegeriPerakDaerahPerak TengahKeluasan • Jumlah17,094 ha (42,240 ekar)

Bota merupakan sebuah mukim di tepi Sungai Perak, di selatannya ialah Kampung Gajah dan Teluk Intan. Sementara di utaranya ialah Parit dan Lumut di negeri Perak. Bota terbahagi kepada 2 kawasan utama iaitu Bota Kanan dan Bota Kiri.

Asal-usul nama

Makhluk bota

Nama asal tempat ini adalah Brahman Indera.[2][3] Walau bagaimanapun, masyarakat setempat pada abad ke-18 mula menceritakan mengenai keberadaan suatu jenis gergasi yang pernah wujud di sini terutama di kawasan Sungai Perak iaitu bota (barangkali dari bhuta, makhluk seakan jin yang pernah disebutkan dalam Sejarah Melayu[4]) yang digambarkan berbadan besar dan berwarna menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan puyu dan tilan biasa ditemui.

Menurut nenek-nenek tua di kawasan ini, bota hidup di dalam tanah dan menyembunyikan diri di dalam gua/lubang di dalam tanah; bota akan keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja terutama pada rembang petang; malah makanannya didapati di dalam tanah.[2] Tetapi, bota juga akan sesekali mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan. Ia dipercayai amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar.[2][3] Jika seseorang penduduk didapati hilang, mereka percaya Bota yang bertanggungjawab dan penduduk tersebut telah melanggar pantang 'kewujudan' Bota di sesuatu kawasan.[2]

Ada juga yang percaya bahawa bota ini dibawa bersama Sultan Perak semasa mengembara ke tanah jauh.[3]

Demografi

Secara amnya, penduduk Melayu Bota boleh dibahagikan kepada 3 suku kaum utama, iaitu penduduk jati Perak, orang Banjar dan orang Kedah. Penduduk jati Perak adalah merujuk kepada penduduk yang bertutur dalam loghat Perak. Ia merupakan majoriti di kawasan Bota, terutamanya di penempatan sepanjang tebing kiri dan kanan Sungai Perak. Orang Banjar merupakan suku kaum yang berasal dari Banjarmasin, Kalimantan, Indonesia, dan berhijrah ke Tanah Melayu ratusan tahun yang lalu. Mereka kebanyakannya bertumpu di Titi Gantung. Orang Kedah datang ke Bota dalam tahun 60an dan boleh didapati dengan banyaknya di beberapa kawasan di Titi Gantung.

Terdapat juga golongan penghijrah dari luar negeri Perak, dan mereka ini boleh didapati di sekitar Seri Iskandar, yang mana terdapat juga sebilangan kecil kaum Cina dan India.

Pentadbiran

Penguasa Tempatan

  • Bota berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).

Wakil rakyat

  • Dato Nasaruddin Bin Hashim, Pusat Khidmat Masyarakat Adun, Kampung Bota Kanan, 32600 Bota.
  • YB Dr. Hajjah Najihatussalehah binti Ahmad, ADUN Bota (2022 - kini), No 3, Jalan Bota Sejahtera 1, Taman Bota Sejahtera, Bota Kanan 32600 Bota.

Ahli Parlimen

  • Ustaz Drs. Mohd Nizar bin Zakaria, Bangunan UMNO Bahagian Parit, Parit,Perak.
  • YB Ustaz Haji Muhammad Ismi bin Taib, Ahli Parlimen Parit (2022 - kini)

Ada beberapa kampung di mukim Bota iaitu :

Pendidikan

Infrastruktur

Kemudahan awam

  • Padang Bola Parit
  • Stadium Mini Bakri Rais, Bota Kanan.
  • Gelanggang Badminton Parit
  • Gelanggang Tenis.
  • Hospital Desa Changkat Melintang, Bota
  • Padang Seri Iskandar

Masjid

  • Masjid Attar Kampung Layang-layang Kanan 32800 Parit
  • Masjid Baru Kampung. Kuchai Lambor Kiri 32900 Lambor
  • Masjid Ar-rahmah Kampung Ekor Bota 32600 Bota
  • Masjid Fadzlullah Kampung Telok Kepayang 32600 Bota
  • Masjid Fatta Kampung Pulau Pisang 32600 Bota
  • Masjid Felcra Nasaruddin 32600 Bota
  • Masjid Ghopraniah Kampung Titi Gantung 32600 Bota
  • Masjid Iskandar Shah Kampung Aji 32600 Bota
  • Masjid Jabariah Kampung Lambor Kiri 32900 Lambor
  • Masjid Jamek Pekan Bota kanan 32600 Bota
  • Masjid Lama Bota Kanan 32600 Bota
  • Masjid Kampung Air Mati 32600 Bota
  • Masjid Rahmaniah Kampung Padang Changkat 32600 Bota
  • Masjid Raishah Kampung Padang Tenggala 32600 Bota
  • Masjid Syukriah Kampung Telok Bakong 32600 Bota
  • Masjid Taufiqiah RPA Gelung Pepuyu 32600 Bota
  • Masjid Ridzuaniah Kampung Lambor Kanan 32900 Lambor

Bekalan elektrik

Tempat-tempat menarik

  • Pusat Ternakan Tuntung, Bota Kanan
  • Panorama kunang-kunang (kelip-kelip)
  • Makam-makam DiRaja di kanan dan kiri tebing Sungai Perak
  • Taman Teknologi Seri Iskandar
  • Seri Iskandar Pharmaceutical Park, Seri Iskandar
  • Perak Science Park, Seri Iskandar
  • Pusat Industri Changkat Chermin, Titi Gantung, Bota
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak
  • Universiti Teknologi PETRONAS

Tokoh tempatan

  • Ustaz Zulkifly Ibrahim, Ketua Penerangan Negeri Perak 2008-2009.
  • Abdullah C.D, seorang pemimpin Parti Komunis Malaya sejak 1948.
  • Kolonel Prof. Dato' Dr. Ahmad Fawzi Mohd Basri (Ph.D), University of Hull. Naib Chancelor Universiti Utara Malaysia. Pengarah Program Latihan Khidmat Negara sejak 2003. Meninggal dunia tahun 2005
  • Dato' Zainal Abidin Abbas, mantan Setiausaha Agung Partai Gerakan era 60an. Beliau adalan ayah kepada Tan Sri Zain Azraei.
  • Hasyim Gera, pemantun handal. Mantan Ahli MKT Umno Malaysia, mantan Ketua Penerangan Umno Batang Padang dan mantan Ahli Parlimen Parit (PAS) yang menumbangkan Dato' Husein Nordin (Setiausaha Agung Umno) pada tahun 1969.
  • Prof. Zulkifli Muhamad juga dibesarkan di Parit dan mendapat pendidikan di Sek. Men. Agama Aziziah, Parit sewaktu mengikut ayahnya bekerja sebagai kerani di pejabat daerah.
  • Pengasas dan orang yang memberikan nama PAS iaitu Ustaz Othman Hamzah juga menetap di Parit dan mengajar di Sekolah Menengah Agama Aziziah, Parit bersama isterinya Ustazah Hayati Hassan, seorang penggerakan muslimat PAS.
  • Bekas Ahli Parlimen Parit Datuk Nasaruddin Alang Saidin dan juga merupakan bekas ahli pengarah Kumpulan TM Berhad.

Lagu popular

Oh kome...deghoyan dah bebunga
Moh kite minang anak daghe
Anak daghe...anak daghe Bota
Teman jumpe..di Padang Tenggale

Musim Deghoyan...Yg tua nak ke Mekah
Yg muda...Gatei nak menikah

Bila musim deghoyan
Dema beghani nampor
Ape deme nak heran
Saman buleh bayor....!!

Rujukan

  1. ^ "Satistik Daerah". Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah. 2014-07-11. Dicapai pada 2014-11-18.
  2. ^ a b c d Maxwell, William George (1925). In Malay Forests. Edinburgh: William Blackwood and Sons. ISBN 978-1177612609.
  3. ^ a b c "Bota asalnya nama gergasi". Sinar Harian. 6 February 2019. Dicapai pada 28 January 2021.
  4. ^ Ahmat Adam (2016). Antara Sejarah dan Mitos: Sejarah Melayu & Hang Tuah dalam Historiografi Malaysia. m/s. 104. ISBN 9789672165934.

Pautan luar

  • Laman web rasmi Majlis Daerah Perak Tengah Diarkibkan 2009-03-24 di Wayback Machine
  • Peta-peta berkaitan dengan Bota
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Ipoh - Bandar diraja: Kuala Kangsar
Topik
Masyarakat
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Kesihatan (Pandemik COVID-19)
  • Politik
    • Pilihan raya
Pemerintahan
Diraja
Eksekutif
Bahagian pentadbiran
Daerah
Bandar raya
Bandar
Ayer Tawar Bagan Datoh Bagan Serai Bagan Sungai Burong Banir Batak Rabit Batu Gajah Behrang Bercham Beruas Bidor Bikam Bota • Bukit Gantang Bukit Merah Changkat Jering Changkat Keruing Chemor Chikus Damar Laut Gerik Gopeng Gua Tempurung Hutan Melintang Jelapang Jenderata Jerlun Kamunting Karai Kota Setia Kuala Kangsar Kuala Kurau Kuala Sepetang Langkap Lekir Lenggong Lumut Manjoi Malim Nawar Mambang Di Awan Manong Menglembu Meru Padang Rengas Pantai Remis Parit Parit Buntar Pasir Salak Pekan Gurney Pengkalan Hulu (Keroh) • Bandar raya Proton Sayong Selama Seri Iskandar Seri Manjung Simpang Tiga Sitiawan Slim Slim River Sungai Siput Sungkai Taiping Tambun Tanjung Malim Tanjung Piandang Tanjung Rambutan Tanjung Tualang Tapah Tapah Road Teluk Batik Teluk Intan Teluk Rubiah Temoh Temoh Road Trolak Trong Tronoh
Tempat menarik
Pulau
Tasik
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P054 Gerik
N01 Pengkalan Hulu
N02 Temenggor

P055 Lenggong
N03 Kenering
N04 Kota Tampan

P056 Larut
N05 Selama
N06 Kubu Gajah
N07 Batu Kurau

P057 Parit Buntar
N08 Titi Serong
N09 Kuala Kurau

P058 Bagan Serai
N10 Alor Pongsu
N11 Gunong Semanggol
N12 Selinsing

P059 Bukit Gantang
N13 Kuala Sepetang
N14 Changkat Jering
N15 Trong

P060 Taiping
N16 Kamunting
N17 Pokok Assam
N18 Aulong

P061 Padang Rengas
N19 Chenderoh
N20 Lubok Merbau

P062 Sungai Siput
N21 Lintang
N22 Jalong

P063 Tambun
N23 Manjoi
N24 Hulu Kinta

P064 Ipoh Timor
N25 Canning
N26 Tebing Tinggi
N27 Pasir Pinji

P065 Ipoh Barat
N28 Bercham
N29 Kepayang
N30 Buntong

P066 Batu Gajah
N31 Jelapang
N32 Menglembu
N33 Tronoh

P067 Kuala Kangsar
N34 Bukit Chandan
N35 Manong

P068 Beruas
N36 Pengkalan Baharu
N37 Pantai Remis
N38 Astaka

P069 Parit
N39 Belanja
N40 Bota

P070 Kampar
N41 Malim Nawar
N42 Keranji
N43 Tualang Sekah

P071 Gopeng
N44 Sungai Rapat
N45 Simpang Pulai
N46 Teja

P072 Tapah
N47 Chenderiang
N48 Ayer Kuning

P073 Pasir Salak
N49 Sungai Manik
N50 Kampong Gajah

P074 Lumut
N51 Pasir Panjang
N52 Pangkor

P075 Bagan Datuk
N53 Rungkup
N54 Hutan Melintang

P076 Teluk Intan
N55 Pasir Bedamar
N56 Changkat Jong

P077 Tanjong Malim
N57 Sungkai
N58 Slim
N59 Behrang

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Category