Parit Buntar

Parit Buntar
ڤاريت بونتر
Bandar
Nama panggilan: PB
Negara Malaysia
Negeri Perak
DaerahMajlis Daerah Kerian
Majlis Perbandaran2022
Pentadbiran
 • Yang di-PertuaEncik Khairul Amir b. Mohamad Zubir
Penduduk
 (1991)
 • Jumlah148,575
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak ditetapkan
Laman sesawanghttp://mdkerian.gov.my/

Parit Buntar merupakan sebuah bandar berpenduduk sederhana padat dan bandar paling utara di negeri Perak,terletak lebih kurang 40 km dari Butterworth. Bandar Parit Buntar juga merupakan persimpangan jalan masuk ke Serdang dan Lubuk Buntar, Kedah dari lebuh raya. Bandar ini adalah terletak sebelah Lebuhraya Bandar Baharu, Kedah dan juga terletak dekat garisan sempadan negeri Pulau Pinang.

Parit Buntar merupakan pusat pentadbiran daerah Kerian. Majoriti penduduk Parit Buntar ialah Melayu, diikuti Cina dan India. Parit Buntar juga boleh dikenali sebagai 'bandar membaca' seperti Kampar yang juga terletak di Perak Tengah.

Terdapat juga stesen kereta api di Parit Buntar. Plaza tol Parit Buntar di Lebuhraya PLUS sini juga terdapat jalan ke Serdang, Kedah. Terdapat makanan yang terkenal dekat sini iaitu Laksa, Mi Hokkien, Rojak, Nasi Kandar.

Parit Buntar juga terletak dekat dengan Nibong Tebal dan Universiti Sains Malaysia di sana.

Parit Buntar ialah bandar terakhir di negeri Perak. Kawasan berikutnya telah meliputi negeri Pulau Pinang, terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Parit Buntar merupakan bandar yang paling dekat pergi ke Pulau Pinang dan Kedah di Perak.

Sekolah Menengah Cina turut terletak di Parit Buntar ini iaitu SMJK Krian dekat negeri Pulau Pinang. Banyak penduduk Parit Buntar pun akan berkunjung ke Nibong Tebal menjamu selera kerana enaknya makanan. Pekerja pun selalu mari balik Nibong Tebal untuk bekerja.

Untuk lebih tepat, Parit Buntar adalah terletak di Nibong Tebal di Utara dan Bagan Serai di selatan.

Pasaraya

  • Billion
  • Econsave
  • Mydin
  • Longwan
  • Eco Plus

Sekolah

Tempat Tinggal

  • Taman Kerian Sentosa
  • Taman Sempadan
  • Taman Pekan Baru
  • Taman Kerian
  • Taman Seri Tenggara
  • Taman Seri Semarak
  • Taman Ismail Raof
  • Taman Damai
  • Taman Kerian Permai
  • Taman Setia Jaya
  • Taman Murni
  • Taman Parit Buntar
  • Taman Seri Wangsa

Sejarah

Sejarah nama bandar Parit Buntar berasal daripada nama seorang pemimpin iaitu Tok Buntar masyarakat yang terkenal pada masa dahulu di mana beliau dan pengikut-pengikutnya telah membina parit dari Sungai Kerian untuk dialirkan ke sawah-sawah. Parit tersebut pada asalnya dikenali Parit Tok Buntar dan seterusnya dikenali sebagai Parit Buntar. Sini juga boleh dikenakan sebagai 'bandar membaca' seperti Kampar juga terletak di Perak.

Jam Besar di pekan lama Parit Buntar ini merupakan antara mercu tanda bandar Parit Buntar. Jam besar ini telah dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada 24 Ogos 1961 untuk memperingati kemajuan dan kemakmuran cemerlang semua penduduk Parit Buntar. Bandar Baharu, negeri Kedah juga dihubungkan dengan Parit Buntar melalui jambatan yang melintasi Sungai Kerian ke arah lebuh raya PLUS menjadikan sini kedua-dua bandar muara sungai dengan Parit Buntar.

Sungai Kerian juga mencatat sejarah hitam apabila pada 13 September 1972, satu tragedi feri karam telah menyebabkan seramai 27 orang terkorban majoritinya adalah murid-murid sekolah SMJK (Cina) Kerian. Dahulu di tepi sungai ini terkenal dengan gerai makan yang dipanggil Gerai Terapung. Ketika itu Gerai Terapung menjadi tempat tumpuan utama masyarakat di Parit Buntar. Ketika dahulu, kedai di sepanjang jalan tepi sungai ini merupakan tempat utama untuk orang-orang Parit Buntar membeli baju-baju sukan yang berjenama, barang keperluan pertukangan, alatan dapur dan juga barangan lain.

Terdapat 6 cawangan kilang padi termasuk gudang simpanan beras milik LPN (Lembaga Padi & Beras Negara).Terdapat dua buah panggung wayang,Panggung wayang Cathay di Jalan Syarikat manakala panggung wayang Kapitol di Jalan Ria.

Pengangkutan awam utama sekitar tahun 60an hingga 2005 adalah bas yang mana sebuah syarikat Red Omnibus telah beroperasi menghubungkan pekan Tanjung Piandang melalui Sungai Bakau/Kedai Empat(Jalan Bawah) Titi Serong (Jalan Atas),menghubungkan pekan Kuala Kurau melalui pekan Batu Lima,menghubungkan pekan Bagan Serai dan Taiping melalui Jalan Persekutuan. Stesen bas utama dulunya berada di hadapan Masjid Daerah Kerian, Jalan Taiping (5.128458°U, 100.489652°T). Selain teksi terdapat juga pengangkutan jarak jauh seperti Keretapi Tanah Melayu (KTM)(5.128832°U, 100.486718°T) manakala sekarang telah diwujudkan Hentian Raya bagi menghubungkan bandar utama di Semenanjung Malaysia. Ketika ini perkhidmatan bas tempatan telah ditamatkan kerana tidak mendapat sambutan.

Kegiatan sosioekonomi penduduk setempat majoritinya adalah petani yang mengusahakan sawah padi, sawit dan getah manakala selebihnya sebagai peniaga dan pemakan gaji awam/swasta.

Parit Buntar pernah berlaku peperangan dengan pihak Siam. Orang Kemboja datang bantu. Antara sejarah kedatangan etnik Kemboja ke parit buntar. Tidak pasti serangan tu selepas ke sebelum seberang jaya di Bom. Sampai sini rupanya siam & british serang Islam. Oleh itu semua berkumpul di sini. Satu2 nya sungai yang tak bersambung dengan keunikan sungai kerian ialah sg jawi. Sumber orang islam.

Wakil rakyat

  • Mengikut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) 2008, peratus pengundi kawasan parlimen P57 Parit Buntar (45,219 pengundi) ialah: Melayu: 67.0% Cina: 28.0% India: 4.9%; Lain: 0.1%.
  • Dalam pilihan raya 1999, kawasan ini dimenangi oleh: Dato' Dr Hassan Mohd Ali dari parti PAS dengan majoriti sebanyak 2,094 undi.
  • Dalam pilihan raya 2004, kawasan ini dimenangi oleh Brig Jen (B) Datuk Seri Abdul Hamid Ngah Alias Zainal Abidin dari Barisan Nasional (UMNO) dengan majoriti 4698, menewaskan Hasan Mohd Dato' Dr Hasan Mohd Ali.
  • Dalam pilihan raya 2008, kawasan ini dimenangi oleh Dr. Mujahid Yusof Rawa dari PAS menewaskan Datuk Abdul Rahman Sulaiman dari Barisan Nasional (UMNO) dengan majoriti 7,551 undi.
  • Pada Pilihan Raya Umum Malaysia pada 5 Mei 2013, kawasan ini sekali lagi dimenangi oleh Dr. Mujahid Yusof Rawa dari PAS, menewaskan calon muda Barisan Nasional (UMNO) Mua'amar Ghadafi Jamal bin Jamaludin dengan majoriti 8,476 undi. SPR melaporkan jumlah undi berdaftar kawasan ini bagi Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 adalah seramai 51,422, dengan peratus keluar mengundi 86.20%.

Kemudahan Masyarakat

  • Dewan Seri Kerian
  • Dewan Merdeka
  • Padang Bandaran
  • Laman Pusat Bandar
  • Arked Niaga Parit Buntar
  • Dewan Kerian Permai
  • Dewan Ramli Ngah Talib

Akses dan Pengangkutan

Bandar Parit Buntar terletak di tengah-tengah laluan Jalan Persekutuan 1 (Ipoh - Parit Buntar - Butterwoth). Terdapat kemudahan laluan rel keretapi yang merentasi parit Buntar dan terbaru, laluan rel keretapi elektrik berkembar yang menghubungkan Ipoh - Padang Besar.

  • Hentian Raya Parit Buntar
  • Hentian Teksi Pusat Bandar
  • Stesen Keretapi Parit Buntar

Pelancongan

Terdapat banyak tempat menarik dan bersejarah di Parit Buntar yang boleh dikunjungi antaranya :

  • Taman Rekreasi Pinggiran Sungai Kerian
  • Medan Selera Jambatan Parit Buntar-Bandar Baharu
  • Menara Jam Parit Buntar

(Nota..Terdapat satu tapak bersejarah iaitu bekas kilang gula di Bagan Tiang..keluasan komplek kilang tersebut lebih kurang 1 km persegi..pada tahun 70an dulu, structure bangunan tapak kilang gula itu masih dapat dilihat seperti menara serombong asap ..kolam penyimpanan gula cair dan batu pengisar jenis kawi seberat lebih kurang 400–500 kg..pada tahun 80an dahulu separuh bahagian dari batu pengisar berat tersebut telah pun tenggelam ke dalam tanah..dari bentuk batu tersebut, besar kemungkinan ianya beroperasi dengan menggunakan tenaga haiwan contohnya kerbau/lembu bagi membolehkan batu tersebut mengisar tebu).

Ngah Ibrahim adalah pengusaha awal industri tebu di Bagan Tiang..industri tebu di kawasan tersebut musnah apabila benteng/ban yg menghalang air laut dari masuk ke ladang gula telah pecah..ini menyebabkan tebu yg ditanam selepas tragedi tersebut menjadi sedikit masin dan tidak sesuai untuk dijadikan gula.. info dari Din Desa 019-6649464)

Pelancongan Sekitar Parit Buntar (Kerian)

  • Kuala Gula Bird Sanctuary
  • Hutan Simpan Matang
  • Arowana Farm Bukit Merah
  • Bukit Merah Laketown Resort (tapak web)
  • Pantai Ban Pecah, Tg. Piandang (maklumat di MDK Diarkibkan 2011-03-21 di Wayback Machine)

Penginapan/ Hotel

Pengunjung juga boleh menginap di beberapa hotel di Parit Buntar yang bertaraf 2 bintang dan menikmati menu hidangan daerah Kerian yang juga disediakan di beberapa hotel di Parit Buntar.

  • Hotel Damai
  • Parit Buntar Inn
  • Hotel Pekan Baru
  • Hotel Frazel Inn (dahulu dikenali sebagai Hotel Melor Inn)
  • Homestay Parit Buntar
  • Hotel K Garden (dahulu dikenali sebagai Hotel Ritz Kapitol)
  • Hotel PB Wawasan

Membeli-belah & Menjamu Selera

Pengunjung boleh membeli belah di pusat membeli-belah yang terkenal dan agak besar. Pengunjung juga dapat menikmati pelbagai menu pilihan yang disajikan dan terkenal di negeri Perak ini.

  • Kerian Sentral Mall
  • Pasar Malam Hari Jumaat (sekitar Jam Besar)
  • Pasar Kemboja
  • Gudang Pasar Kemboja

Coffee House/ Kafe

  • Old Town White Coffee
  • Lohas Tea Shop
  • Libra Coffea House
  • Mochado
  • Sass Cafe
  • Coolblog
  • Bubble Gurt Fresh Yogurt & Tea
  • Yakin Usaha Cafe
  • Rimbunan Emas Cafe
  • Big Apple Donuts & Coffee
  • Kopitan Classic Penang Delight
  • Sushi King
  • Border's Tea Parit Buntar

Restoran/ Restoran Makanan Segera

  • KFC (2 cawangan)
  • Secret Recipe
  • Pizza Hut
  • Domino's Pizza
  • Marrybrown
  • Subway

Restoran

  • Shangri-La Restaurant
  • Hometown Restaurant
  • Restoran Naseer
  • Restoran Nasi Kandar Ali (nasi kandar beratur)
  • Medan Selera Pusat Bandar
  • Balak Inn
  • Shunka Japanese & Fusion Foods
  • TAT Nasi Ayam
  • Along Char Koey Tiaw
  • Omar Char Koey Tiaw
  • Gerai Tan Dan Rizal Pak Pin Kuey Teow Kerang Dan Char Ho Fan
  • Restoran Nasi Kandar Padang Kota
  • Restoran Nasi Kandar Cahaya

Hiburan dan Senaman

  • mmCineplexes
  • Pusat Karaoke Keluarga
  • M-Box
  • Irama Karaoke
  • Diamond Gymnasium (Dahulunya Power Master Gym)
  • Taman Wawasan Gymnasium
  • Delone Gymnasium
  • Art Muscle Gym & Fitness Centre

Hospital

Masjid

  1. Masjid Ar-Rahmaniah, Tebok Jawa 34200 Parit Buntar
  2. Masjid Daerah Kerian 34200 Parit Buntar
  3. Masjid Hijau, Kampung Kedah, 34200 Parit Buntar
  4. Masjid Mahyuddin Batu 5, Jalan Baru 34200 Parit Buntar
  5. Masjid Parit Tok Ngah Darat 34200 Parit Buntar
  6. Masjid Simpang 5 34200 Parit Buntar
  7. Masjid Sungai Setar batu 2, Jalan Sempadan 34200 Parit Buntar
  8. Masjid Jamek Titi Serong 34200 Parit Buntar
  9. Masjid Ubudiah Taman Seri Tenggara,34200 Parit Buntar
  10. Masjid Al-Ridzuan, Pusat Bandar, 34200 Parit Buntar

Laman parti politik di Parit Buntar

  1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Parit Buntar - Laman Web Diarkibkan 2007-10-13 di Wayback Machine
  2. Parti AMANAH Negara (Amanah) - Laman Sosial
  3. Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Parit Buntar (PBBM) - Laman Sosial
  4. United Malay National Organisatiion (Umno) - Laman Sosial

Pautan luar

  • Info Tentang Parit Buntar dan Daerah Kerian
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Ipoh - Bandar diraja: Kuala Kangsar
Topik
Masyarakat
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Kesihatan (Pandemik COVID-19)
  • Politik
    • Pilihan raya
Pemerintahan
Diraja
Eksekutif
Bahagian pentadbiran
Daerah
Bandar raya
Bandar
Ayer Tawar Bagan Datoh Bagan Serai Bagan Sungai Burong Banir Batak Rabit Batu Gajah Behrang Bercham Beruas Bidor Bikam Bota Bukit Gantang Bukit Merah Changkat Jering Changkat Keruing Chemor Chikus Damar Laut Gerik Gopeng Gua Tempurung Hutan Melintang Jelapang Jenderata Jerlun Kamunting Karai Kota Setia Kuala Kangsar Kuala Kurau Kuala Sepetang Langkap Lekir Lenggong Lumut Manjoi Malim Nawar Mambang Di Awan Manong Menglembu Meru Padang Rengas Pantai Remis Parit Parit Buntar • Pasir Salak Pekan Gurney Pengkalan Hulu (Keroh) • Bandar raya Proton Sayong Selama Seri Iskandar Seri Manjung Simpang Tiga Sitiawan Slim Slim River Sungai Siput Sungkai Taiping Tambun Tanjung Malim Tanjung Piandang Tanjung Rambutan Tanjung Tualang Tapah Tapah Road Teluk Batik Teluk Intan Teluk Rubiah Temoh Temoh Road Trolak Trong Tronoh
Tempat menarik
Pulau
Tasik
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P054 Gerik
N01 Pengkalan Hulu
N02 Temenggor

P055 Lenggong
N03 Kenering
N04 Kota Tampan

P056 Larut
N05 Selama
N06 Kubu Gajah
N07 Batu Kurau

P057 Parit Buntar
N08 Titi Serong
N09 Kuala Kurau

P058 Bagan Serai
N10 Alor Pongsu
N11 Gunong Semanggol
N12 Selinsing

P059 Bukit Gantang
N13 Kuala Sepetang
N14 Changkat Jering
N15 Trong

P060 Taiping
N16 Kamunting
N17 Pokok Assam
N18 Aulong

P061 Padang Rengas
N19 Chenderoh
N20 Lubok Merbau

P062 Sungai Siput
N21 Lintang
N22 Jalong

P063 Tambun
N23 Manjoi
N24 Hulu Kinta

P064 Ipoh Timor
N25 Canning
N26 Tebing Tinggi
N27 Pasir Pinji

P065 Ipoh Barat
N28 Bercham
N29 Kepayang
N30 Buntong

P066 Batu Gajah
N31 Jelapang
N32 Menglembu
N33 Tronoh

P067 Kuala Kangsar
N34 Bukit Chandan
N35 Manong

P068 Beruas
N36 Pengkalan Baharu
N37 Pantai Remis
N38 Astaka

P069 Parit
N39 Belanja
N40 Bota

P070 Kampar
N41 Malim Nawar
N42 Keranji
N43 Tualang Sekah

P071 Gopeng
N44 Sungai Rapat
N45 Simpang Pulai
N46 Teja

P072 Tapah
N47 Chenderiang
N48 Ayer Kuning

P073 Pasir Salak
N49 Sungai Manik
N50 Kampong Gajah

P074 Lumut
N51 Pasir Panjang
N52 Pangkor

P075 Bagan Datuk
N53 Rungkup
N54 Hutan Melintang

P076 Teluk Intan
N55 Pasir Bedamar
N56 Changkat Jong

P077 Tanjong Malim
N57 Sungkai
N58 Slim
N59 Behrang

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Category