Stesen LRT Ampang

أمڤڠcode: ms is deprecated
LokasiStesen Ampang, Jalan Ampang, Pekan Ampang, 68000 Ampang, Selangor, MalaysiaKoordinat3°09′1″N 101°45′36″E / 3.15028°N 101.76000°E / 3.15028; 101.76000Dimiliki olehPrasarana MalaysiaLaluan3 Laluan AmpangPlatform1 platform tengahTrek2SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: BET7, 300, T301, T302, 303, AJ2APembinaanJenis strukturAtas tanahTemplat letak kenderaan1,140 petak parkirKemudahan basikal20 petak parkirKemudahan OKUYa Akses OKUMaklumat lainKod stesen AG18 SejarahDibuka16 Disember 1996Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
Cahaya
menghala ke Sentul Timur
Laluan AmpangStesen terakhir
LokasiMap

Stesen LRT Ampang adalah stesen LRT di Ampang, Selangor dimana Laluan Ampang berkhidmat di stesen ini. Stesen ini adalah stesen terminal timur bagi Laluan Ampang. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 1996 dengan pembukaan LRT STAR antara stesen ini dan stesen Sultan Ismail.[1] Jajaran LRT ini antara Chan Sow Lin dengan stesen ini menggunakan jajaran KTM lama antara Ampang Junction dengan Ampang. Jajaran KTM ini sepanjang 3.8 batu (6.1 km) pada asalnya dibuka pada 1 Mei 1914.[2]

Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen ini terletak di Ampang Jaya, Selangor berhampiran Jalan Ampang dan Jalan Pasar. Di sebelah barat stesen adalah Taman Dagang manakala di sebelah timur stesen adalah kompleks perniagaan Ampang Mewah. Juga terletak berhampiran stesen adalah pejabat Kedutaan Zimbabwe, Kampung Melayu Ampang, Pekan Ampang, SK Ampang, Masjid Jamiul Huda dan Surau An-Nur Taman Dagang.

Pelan stesen

G Bangunan stesen Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, kedai serbaneka, laluan pejalan kaki ke MSPR, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU
G
Platform
Landasan tidak digunakan
Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di sebelah sini
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri/kanan Akses OKU
AG Arah Selatan 3 Laluan Ampang menghala ke  AG1  Sentul Timur (Cahaya)

Stesen ini adalah stesen atas tanah dimana aras platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Ampang. Stesen ini mempunyai kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[3] Selain itu, terdapat sebuah bangunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 1,140 petak parkir kereta — 20 petak parkir disediakan khas untuk warga OKU dan 200 petak parkir disediakan khas untuk wanita —[4] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[5]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan BET7, 300, T301, T302, 303 dan bas Smart Selangor laluan AJ2A berkhidmat di stesen ini.

Rujukan

  1. ^ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 8 Mei 2019.
  2. ^ Mohamed, Alias (1985). Malayan Railway: 100 years, 1885-1985. AMW Communications Management. m/s. 56. Dicapai pada 27 Mei 2019.
  3. ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
  4. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 10 Jun 2019.
  5. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 10 Jun 2019.
  • l
  • b
  • s