Stesen MRT Muzium Negara

موزيوم نݢاراcode: ms is deprecated
Pintu stesen di hadapan Muzium Negara.
LokasiStesen Muzium Negara, Jalan Damansara, 50470 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, MalaysiaKoordinat3°8′14.34″N 101°41′14.41″E / 3.1373167°N 101.6873361°E / 3.1373167; 101.6873361Koordinat: 3°8′14.34″N 101°41′14.41″E / 3.1373167°N 101.6873361°E / 3.1373167; 101.6873361Dimiliki olehMRT CorpLaluan9 Laluan KajangPlatform1 platform tengahTrek2Sambunganstesen sambungan Keretapi Tanah Melayu Rapid KL KLIA Ekspres KL Sentral
Pengangkutan bas Bas GoKL: MerahPembinaanJenis strukturBawah tanahTemplat letak kenderaanTiadaKemudahan OKUYa Akses OKUMaklumat lainKod stesen SBK15 SejarahDibuka16 Julai 2017Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   RapidKL MRT   Stesen berikutnya
Manulife-Semantan
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan SBK
Pasar Seni
menghala ke Kajang
LokasiMap

Stesen MRT Muzium Negara ialah stesen transit aliran massa (MRT) di barat daya Kuala Lumpur, Malaysia . Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena Muzium Negara yang terletak di utara stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai KL Sentral.[2]

Walaupun terletak berhampiran Stesen Sentral KL, ia bukan sebahagian kompleks tersebut. Stesen ini dihubungkan melalui laluan pejalan kaki sepanjang 240 meter ke stesen tersebut.

Ciri-ciri Stesen

Lokasi

Stesen ini terletak di bawah Jalan Damansara di barat daya utara Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia. Di sebelah utara stesen ialah Muzium Negara Malaysia, yang memberikan nama kepada stesen ini, manakala di sebelah selatan adalah KL Sentral (Menara CIMB, Menara Q Sentral, Hotel St Regis Kuala Lumpur, Hotel Le Meridien Kuala Lumpur, Hotel Hilton Kuala Lumpur, Menara 1 Sentrum, Stesen KL Sentral dan pusat membeli-belah Nu Sentral). Juga terletak berhampiran stesen adalah Brickfields Asia College Kuala Lumpur, IPD Brickfields, Muzium Etnologi Dunia Melayu, Planetarium Negara dan Taman Botani Perdana.

Pelan stesen

G Aras tanah Pintu masuk/keluar, Muzium Negara, Muzium Etnologi Dunia Melayu, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU
B1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki ke 1 2 5 6 7 10  ETS  Stesen Sentral KL Akses OKU
B2
Platform
SBK Arah Selatan 9 Laluan Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Pasar Seni)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
SBK Arah Utara 9 Laluan Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Manulife-Semantan)

Stesen ini adalah stesen bawah tanah dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3]

Pintu stesen

Terdapat tiga pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Muzium Negara iaitu Pintu A, Pintu B dan Pintu C. Masing-masing terletak di lokasi yang berbeza dan mempunyai kemudahan mesra bagi pengguna OKU, lif, eskalator dan tangga yang menuju ke aras legar stesen yang terletak di bawah tanah.[4][5]

Pintu Lokasi Destinasi utama dan kawasan berhampiran Kemudahan Gambar
Tangga Tangga Eskalator Eskalator ke aras legar atau aras tanah. Lif Lif ke aras legar OKU Akses OKU Bas Pengangkutan bas
A Selatan stesen Jalan Damansara
The St Regis Kuala Lumpur, Menara CIMB, The Sentral Residences, Q Sentral
Ya Ya Ya
B Utara stesen Jalan Damansara
Muzium Negara, Muzium Etnologi Dunia Melayu, Muzium Seni Kraf Orang Asli, Jabatan Muzium Malaysia, Tasik Perdana, The Majestic Hotel Kuala Lumpur
Ya Ya Ya Ya
C Selatan stesen Sambungan pejalan kaki ke Sentral Kuala Lumpur
Kuala Lumpur Sentral, Hilton Kuala Lumpur, Le Meridien Kuala Lumpur, Q Sentral, Menara CIMB, Platinum Sentral, Nu Sentral
Ya Ya Ya Ya

Reka Bentuk Dalaman

Sama dengan stesen-stesen MRT bawah tanah yang lain, bangunan pintu stesen diinspirasikan dripada kristal kuarza yang boleh dijumpai di the permatang kuarza Bukit Tabur di Gombak, Selangor. Untuk bahagian dalam stesen-stesen MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, stesen Muzium Negara telah diberi tema "Peralihan" yang memaparkan sejarah pengangkutan awam di Kuala Lumpur.[6]

Pertukaran

Penumpang yang menukar laluan diantara stesen MRT Muzium Negara dan Hab Pengangkutan KL Sentral perlu melalui sambungan pejalan kaki sepanjang 240 meter; dimana struktur sambungan tersebut adalah bertingkat. Sambungan ini telah dibina oleh Malaysian Resources Corporation Berhad dengan kos sebanyak RM50 juta.[7]

Daripada stesen ini, sambungan pejalan kaki bermula di luar kawasan berbayar stesen di pintu C. Terdapat eskalator yang membawa pengguna ke laluan pejalan kaki aras tinggi merentasi Jalan Stesen Sentral 2. Laluan ini dihubungkan dengan pelbagai bangunan seperti Menara Q Sentral, Menara CIMB, Hotel Le Meredian, Platinum Sentral dan Stesen Sentral KL (di hadapan balai berlepas KLIA Ekspres). Memandangkan laluan pejalan kaki ini menghubungkan terus dengan kawasan berbayar stesen MRT Muzium Negara, ia tidak membenarkan pengguna melalui stesen ini daripada KL Sentral berjalan terus ke Muzium Negara dan sebaliknya.

Perkhidmatan bas

Bas Bandar GoKL laluan Merah berkhidmat berhampiran stesen ini.

Galeri

Stesen

Sambungan Sentral KL


Rujukan

  1. ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
  2. ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
  3. ^ "Muzium Negara — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-22. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama mrt
  5. ^ "Muzium Negara MRT Station" [Stesen MRT Muzium Negara]. Greater Kuala Lumpur (dalam bahasa Inggeris). 2019-04-29. Dicapai pada 2019-04-29.
  6. ^ Meng Yew Choong (24 Mei 2019). "Seven hidden gems of the MRT" (dalam bahasa Inggeris). THE Star Online. Dicapai pada 2017-07-17.
  7. ^ "Linkway for pedestrians between KL Sentral and Muzium Negara MRT station to open on July 17". New StraitsTimes. 29 Jun 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2019. Dicapai pada 20 Mei 2019.
  • l
  • b
  • s